Asyik hadiahkan barang untuk mak sampai dah tak ada idea nak beli apa lagi sempena Hari Ibu ini. Apa kata kita hadiahkan sesuatu yang berbeza iaitu dengan memberi kek ciptaan kita sendiri?
Bunyinya seperti menarik! Bagi Mama Siti, kek yang dihasilkan sendiri pastinya lebih bernilai kerana boleh deko mengikut citarasa ibu kita.
Sebagai contoh jika ibu gemar kek span kukus flavour oren dan disapu krim berperisa strawberry pada setiap layer kek, kemudian dilitupi krim putar berwarna maroon, ia pasti sukar nak jumpa di mana-mana bakery.
Mungkin ada yang kata boleh custom made pada penjual, tapi pendapat Mama Siti tak semestinya result yang kita harapkan adalah sama.
Selain itu, kita sahaja lebih tahu details kegemaran ibu kita mcam mungkin suka kek dengan krim nipis, atau suka makan kek yang kurang manis dan macam-macam lagi ikut selera mereka.
Lebih-lebih lagi kek yang nak dihadiahkan pada ratu hati kita, semestinya kita mahu ia benar-benar sempurna dan menepati citarasa si ibu. Jadi, sempena hari istimewa ini apa kata kita cipta sesuatu yang confirm ibu dkita gemar.
Tak pandai baking? Jangan bimbang, zaman teknologi di hujung jari ini semuanya boleh jadi, cuma perlukan sedikit latihan sebelum menghasilkan kek yang sebenar. Ini bagi mereka yang tak biasa dengan kerja baking, jadi kenalah practice.
Tapi apa kek sesuai dan selamat untuk dibuat sempena Hari Ibu? Ini antara lima resepi kek yang Mama Siti kongsikan mungkin sesuai untuk ibu anda:
1. Kek Red Velvet
Siapa tak kenal kek ini, semua tahu keenakan rasanya serta warna yang cantik sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah kerana kek red velvet ini kelihatan premium.
Lagipun, Mama Siti percaya kek red velvet ini adalah kegemaran ramai termasuklah ibu-ibu kita kan. Berdasarkan perkongsian resepi kek daripada Che Nom, ini cara menghsilkan kek red velvet yang guarantee moist!
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk kek:
- 2/3 cawan (150g) unsalted butter
- 1 1/2 cawan (337g) gula kastor
- 2 biji telur
- 2 sudu kecil esen vanila
- 3 cawan (375g) tepung gandum
- 1/4 cawan (32g)serbuk koko
- 1 sudu kecil baking soda
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 1/4 sudu kecil garam halus
- 1 1/2 cawan sudu full cream*
- 2 1/2 sudu besar cuka makan atau jus lemon*
- 2 sudu kecil perwarna merah
- 1 ½ sudu besar cuka makan
- Nota: boleh ganti bahan bertanda (*) dengan buttermilk ready made
- Bahan-bahan untuk krim frosting:
- 1 cawan (225g) unsalted butter
- 340g cream cheese
- 2 1/2 cawan (312g) gula icing
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk kek:
- Ayakkan tepung gandum, serbuk koko, baking soda, baking powder dan garam kedalam satu bekas yang sama.
- Sediakan buttermilk (boleh gunakan yang ready pack), sukat susu full cream kemuadian tambah sedikit cuka dan kacau sebati.
- Pukul butter sehingga lincin dan tak berketul kemudian masukan gula kastor dan putar sehingga warna burtukar menjadi putih dan kembang.
- Masukan telur sebiji demi sebiji.
- Tambah sedikit esen vanila.
- Kemudian masukan sedikit demi sedikit bahan ayak dan buttermilk berserselang-seli.
- Sediakan pewarna merah dan sedikit cuka.
- Tuang masuk pewarna dan cuka kedalam adunan dan kacau sebati.
- Griskan loyang dengan butter dan lapik dengan kertas baking.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
- Masukan dalam oven yang telah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum bakar kek.
- Cara-cara untuk krim frosting:
- Putarkan unsalted butter sehingga lembut dan lincin.
- Masukkan creamcheese dan sambung putar.
- Tambahkan gula icing dan esen vanila
- Cara-cara untuk susunan kek:
- Keluarkan kek dari loyang.
- Potong bahagian atas kek supaya permukaan kek rata.
- Kemudian belah dua kek sama tinggi.
- Susun kek dan sapu creamcheese frosting ikut kreativiti.
- Akhir sekali, taburkan serbuk kek diatas kek sebagai hiasan.
2. Kek Marble
Ini kek paling famous dan pastinya mudah disediakan. Bermula daripada bahan-bahan yang senang diperolehi dan stepsnya pun ringkas, maka kek marble sememangnya menjadi antara manisan yang wajib anda cuba untuk dihadiahkan pada ibu tersayang. Lagi pula ia kek tradisional, pastinya mak-mak kita tak tolak sebab dah biasa makan kek marble setiap kali pergi kendurikan?
Jom lihat bagaimana penyediaan kek marble coklat yang enak dan lembut resepi Mama Siti peroleh dari sini:
Bahan-bahan (Sukatan cawan):
- 1 cawan mentega – boleh juga guna marjerin
- 3/4 cawan gula kastor – empunya resepi kisar gula pasir sahaja
- 3 biji telur gred B
- 1 ½ cawan tepung gandum – ayak
- 1 sudu makan baking powder – ayak
- 1 sudu teh esen vanilla
- 3 sudu makan susu pekat manis
- 2 sudu makan serbuk koko
- (guna loyang saiz 6 @ 7)
Cara Penyediaan:
- Pukul mentega dan gula selama 10-12 minit.
- Masukkan telur satu persatu sambil pukul perlahan.
- Masukkan esen vanilla, tepung gandum dan baking powder. Kaup balikkan hingga rata.
- Tambahkan susu pekat manis. Gaul lagi hingga sebati.
- Bahagi adunan kepada dua bahagian. Adunan pertama dibiarkan pada warna asal. Untuk adunan kedua, letak serbuk koko.
- Ambil loyang dan sapu marjerin hingga rata. Lapik dengan kertas minyak.
- Ambil satu senduk adunan asal dan letak di tengah-tengah loyang.
- Kemudian letak satu senduk adunan koko tadi di tengah-tengah loyang juga.
- Selang-selikan kedua-dua adunan dalam loyang berkenaan sehingga habis. Bila dah siap, ambil lidi dan kacau campuran adunan tadi dengan lembut bagi menghasilkan corak.
- Panaskan ketuhar pada suhu 170C dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Guna api atas bawah.
- Bila kek sudah masak, keluarkan dari loyang dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong serta dinikmati.
3. Kek Brownies
Kek brownies antara kek moden yang menjadi kegemaran ramai. Cara hidangan yang dipotong dalam kiub kecil menjadikan kek ini tidak muak setiap kali dimakan.
Selain itu, ia sesuai dijadikan hadiah Hari Ibu kerana bentuknya yang cantik dan mudah dihiasi mengikut apa jua jenis kreativiti anda.
Jika ibu gemarkan buah-buahan, anda boleh hiasinya di atas kek, atau mungkin taburkan candy comel ataupun aiskrim ikut citarasa si ibu.
Bahan-bahan:
- 300g coklat gelap/dark chocolate
- 150g mentega tak bergaram/unsalted butter
- 100g tepung gandum
- 30g serbuk koko
- ½ sudu kecil garam halus
- 2 sudu besar air panas
- ¾ sudu kecil serbuk espresso/nescafe
- 200g gula perang (soft brown sugar), kurangkan 150g kalau nak kurang manis
- 4 biji telur (gred B)
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara Penyediaan:
- Panaskan oven pada suhu 160°C. Gris dulang bersaiz 9X9 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas baking.
- Cairkan dark chocolate bersama mentega menggunakan kaedah double boiler. (Sila rujuk tips).
- Ayak semua bahan kering iaitu tepung gandum, serbuk koko dan garam halus.
- Bancuh air panas bersama serbuk espresso atau nescafe. Ketepikan.
- Pukul telur bersama gula sehingga sebati, tapi JANGAN lama dan kuat sangat. Nanti tak jadi kedut.
- Masukkan esen vanilla.
- Masukkan cairan coklat dan metega tadi, bersama juga bancuhan kopi. Kacau sekejap.
- Masukkan bahan ayak dan kaup balikkan menggunakan spatula agar semua bahan sekata.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-35 minit, atau sehingga lidi yang dicucuk ada sedikit basah berketul coklat bila ditarik keluar. Tak perlu licin sgt nanti brownies akan overbaked.
4. Pavlova
Mungkin dessert yang ini agak sukar sedikit disediakan kerana perlu pandai bermain dengan telur putih untuk menghasilkan meringue.
Tapi dengan latihan dan kesabaran berterusan, pavlova dibuat pasti menjadi. Mengapa Mama Siti cadangkan pavlova sebagai antara juadah manisan yang boleh dihadiahkan pada si ibu? Kerana pavlova adalah dessert yang memerlukan bahan sangat ringkas.
Mungkin sukar daripada segi penghasilannya, namun bahannya sedikit saja. Bagi Mama Siti, pavlova satu-satunya manisan yang cantik dan kelihatan mewah sesuai dihidangkan dalam apa jua majlis.
Mama Siti yakin ramai menggemari makanan kek pavlova cuma tak pandai nak buat. Kalau jadi, confirm inilah dessert ini paling laku di rumah mak kita nanti!
Ayuh belajar hasilkan pavlova daripada resepi kek yang dikongsikan Nurul Ashikin:
Bahan-bahan asas:
- 4 biji putih telur
- 1 cawan gula castor
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu kecil cuka
- 1 sudu kecil esen Vanila
Bahan-bahan cream:
- 1 cawan whipped Cream
- 1/2 cawan gula ising
- Buah buahan yang masam (strawberry, anggur & kiwi)
Cara penyediaan:
- Pastikan mangkuk dan pemutar kering dan tidak berminyak, pastikan bersih supaya pavlova cantik.
- Pukul putih telur sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar sehingga kental dan bertanduk (nak tahu dah okay atau tidak kena terbalik atas kepala dan tak jatuh).
- Masukkan tepung jagung, esen vanila dan cuka. Kacau balik adunan menggunakan spatula bukan senduk kari. Sambil tu panaskan oven 150’c 15min.
- Bakar pada suhu 140`c selama 1 jam atau 1 jam 15 min, selepas masak biarkan di dalam oven yang terbuka sikit sehingga sejuk.
- Pukul whipped cream dan ising sugar sehingga kembang. lapiskan dengan whipped cream dan hiaskan dengan kreativiti masing-masing.
5. Moist Chocolate Cake
Resepi kek paling mudah, simple dan sedap! Siapa tak kenal dengan kek coklat moist. Walaupun nampak simple, tapi kek coklat moist boleh jadi juadah paling laris ketika Hari Ibu.
Penyediaannya mudah, tak payah pakai oven pun boleh buat! Lepas itu bahan-bahannya sangatlah senang nak cari.
Berdasarkan perkongsian resepi dari Che Nom, kek coklat moist ini sangat ringkas untuk disediakan. Jadi, bolehlah kita cuba!
Kalau nak lebih menarik, boleh taburkan buah-buahan, aiskirm, chocolate rice dan macam-macam lagi kita rasa sesuai.
Bahan-bahan:
- 1 cawan serbuk coklat
- 1 cawan gula perang
- 1 cawan susu coklat dutch lady
- 1 cawan minyak masak
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 1/2 cawan tepung gandum (ayak dengan 1 sk soda bikarbonat + 1 sk serbuk penaik)
- 3 biji telur
Cara Penyediaan:
- Cara untuk kek:
- Ayak tepung bersama dengan soda bikarbonat dan serbuk penaik dan.asingkan
- Masukkan serbuk coklat, gula perang, susu coklat, minyak dan susu ke dalam periuk. Kacau dengan api yang perlahan sehingga gula larut. tutup api.
- Pukul telur dan masukkan ke dalam bancuhan no.2 di atas.
- Masukkan tepung yang telah diayak tadi ke dalam bancuhan td…kacau sebati..
- Lumurkan marjerin pada loyang…masukkan adunan yang telah sebati..kukus selama 1 jam atau sehingga masak..
- Anggaran dalam satu jam, cucuk dengan garfu…kalau licin maknanya kek dah masak
- Cara untuk topping:
- Cairkan 2 sudu marjerin..
- Casukkan 1 sudu serbuk coklat dan 3 sudu susu pekat mengikut selera masing-masing
Gembirakan hati ibu anda dengan hadiah yang bermakna di SINI.