KelabMama

Boleh Kukus atau Bakar Resepi Kek Coklat Moist Gebu dan Simple Ini

Resepi kek coklat moist kali ini boleh dimasak dengan cara bakar atau kukus mengikut citarasa dan kelengkapan yang ada di rumah Mama. 

Paling seronok ialah kita hanya perlu gunakan mixer dua kali sahaja iaitu semasa memasukkan bahan untuk digaul bersama-sama dan ketika memasukkan bahan tambahan. 

Jom, kita ketahui lebih lagi cara buat kek coklat moist di rumah yang simple ini. 

Resepi Kek Coklat Moist

Kredit gambar: Azlina Ina Fans

Resepi oleh: Azlina Ina Fans

Bahan-bahan Digaul Bersama-sama

Bahan Tambahan

Cara-cara

#1 Selepas menyediakan semua bahan-bahan yang disenaraikan, campurkan semuanya dalam satu mangkuk besar. 

Kredit gambar: Azlina Ina Fans

#2 Selepas itu, gunakan mixer dan gaul hingga sebati dan gebu. Tanda adunan sudah gebu ialah apabila warnanya berubah daripada warna coklat gelap kepada coklat muda. 

Kredit gambar: Azlina Ina Fans

#3 Seterusnya, masukkan pula ½ cawan susu full cream ke dalam adunan kek coklat itu tadi. Teruskan menggaul hingga adunan naik dua kali ganda dan menjadi likat. 

Kredit gambar: Azlina Ina Fans

#4 Sekarang, Mama perlu perlahankan mixer dan tuangkan satu cawan minyak masak dan teruskan menggaul hingga sebati. 

Kredit gambar: Azlina Ina Fans

#5 Sediakan loyang atau bekas untuk dituangkan adunan kek coklat moist. Resepi ini boleh dimasak dalam dua cara iaitu dibakar dan dikukus. 

#6 Tempoh kek masak ialah 20 minit. Pastikan kek betul-betul masak sebelum diangkat dan dihias dengan ganache.  

Kredit gambar: Azlina Ina Fans

Tips Menyediakan Resepi Kek Coklat Moist

Mama Siti suka resepi kek coklat moist ini sebab teksturnya yang lembut dan cair di mulut. Selain itu, cara masaknya pun menarik perhatian Mama Siti kerana ianya boleh dimasak dengan cara bakar dan kukus. 

Jangan lupa cuba resepi kek coklat kukus kita kali ini ya, mesti sedap kan. 


Dapatkan lebih banyak resepi menarik dan viral di SINI!