Anak-anak asyik cakap nak makan kek coklat tapi bajet bulan ni tak cukup sampai bulan depan. Demi tak nak kecewakan anak-anak, apa kata kita cuba sendiri resepi kek coklat kukus di rumah.
Nasib baik ada resepi kek coklat kukus dari Husna Azlan yang berkongsi resepi mengikut sukatan cawan. Senang sangat nak ikut.
Resepi Kek Coklat Kukus
Resepi oleh: Husna Azlan
Bahan-bahan
Bahan-bahan Kisaran
- Serbuk koko
- Susu pekat
- Susu cair
- Gula
- Minyak
- Telur
Bahan-bahan Ayak
- Tepung gandum (¼ cawan)
- Soda bikarbonat (1 sudu kecil)
- Baking powder (1 sudu kecil)
Cara-cara
#1 Sediakan 1 cawan serbuk koko, 1 cawan susu pekat, 1 cawan susu cair, 1 cawan gula, 1 cawan minyak dan 3 biji telur.
#2 Campurkan semua bahan dalam mesin pengisar kek (mixer) atau Mama juga boleh menggunakan pengisar biasa (blender). Kisar selama 10 minit.
#3 Tuangkan bahan kisaran ke dalam bekas. Kemudian, masukkan pula bahan-bahan ayak sedikit demi sedikit dan gaulkan rata.
#4 Apabila semua bahan-bahan sudah sebati, tuangkan ke dalam loyang atau bekas cupcake sebagai persediaan mengukus. Kek perlu dikukus selama 45 minit.
#5 Selepas 45 minit, periksa samada kek sudah masak atau belum. Caranya, cucuk dengan garfu dan jika tekstur kek masih cair, bermakna belum masak.
#6 Selepas itu, hias kek coklat kukus dengan topping mengikut kesukaan Mama. contohnya, sapukan Nutella dan tabur dengan cip coklat.
#7 Kek coklat kukus kita dah siap dan sedia untuk dihidangkan.
Tips Menyediakan Resepi Kek Coklat Kukus
- Pastikan pengisar tidak berbau untuk mengekalkan kualiti rasa kek kukus.
- Gunakan saiz cawan yang sama dari mula hingga akhir.
- Gandakan sukatan cawan jika Mama ingin menyediakan kek yang lebih besar atau banyak.
Semoga dengan niat baik kita bahagiakan anak-anak, mudah-mudahan Allah kurniakan rezeki kek coklat kukus yang sedap untuk mereka walaupun hasil buatan sendiri.
Dapatkan lebih banyak resepi menarik dan viral di SINI!