Kalau ramai orang tengok mesti resepinya menjadi kan? Mungkin.
Tapi Mama Siti lebih suka kalau kita cuba dulu resepi ini. Lagipun, ia menggunakan sukatan cawan. Mudah dan tak perlu timbang satu persatu.
Jom, kita tengok cara buat resepi kek butter yang ‘super‘ lembut.
Resepi Kek Butter
Resepi oleh: Gracious Treatz
Bahan-bahan
- Mentega tanpa garam (Unsalted butter)
- gula kastor
- Telur
- Tepung kek atau tepung serba guna
- Sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
- Susu
- Ekstrak vanila
Cara-cara
#1 Panaskan terlebih dahulu oven (preheat) pada 160°C.
#2 Ayak ¾ cawan tepung bersama-sama dengan ½ sudu kecil serbuk penaik dan ketepikan.
#3 Dalam mangkuk adunan, masukkan satu cawan mentega dan satu cawan gula. Gaul pada kelajuan rendah selama 2 minit sehingga gula larut.
#4 Kemudian naikkan kepada kelajuan sederhana dan gaul selama 15 minit. Teruskan mengadun sehingga mentega gebu.
#5 Masukkan 5 biji telur, sebiji demi sebiji. Gaul sehingga semua bahan-bahan sebati.
#6 Masukkan bahan kering yang telah diayak sesudu demi sesudu. Langkah ini untuk memastikan kek butter lembut.
#7 Masukkan ¼ cawan susu dan satu sudu kecil ekstrak vanila. Teruskan mengadun selama 3 hingga 5 minit lagi.
#8 Tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 320°F/ 160°C selama 55 hingga 60 minit.
#9 Sejukkan kek di atas rak penyejuk selama lebih kurang 15 minit dan boleh potong dan hidangkan kek.
Tips Menyediakan Resepi Kek Butter
- Salah satu kunci kek butter lembut ialah 2 mentega dan gula digaul rata.
- Mama boleh tambah lagi 2-3 sudu besar jika suka lebih manis
Senang kalau guna sukatan cawan, lebih-lebih lagi untuk Mama yang tak ada penimbang di rumah. Alang-alang tu, apa kata Mama cuba lima resepi kek yang sedap ini.
Semoga kek Mama butter yang Mama buat tu menjadi. Mana tahu jadi kegemaran keluarga lepas ni.
Dapatkan lebih banyak resepi masakan dan kek di SINI!