KelabMama

Lebih ‘Chewy’ Daripada Biasa, Ini Resepi Kek Batik Lembut Premium

resepi kek batik lembut

Untuk dapatkan kek batik lembut perlukan resepi dan teknik masakan yang betul. Perbezaan kek batik yang rangup dan kek batik lembut adalah kerana teksturnya.

Kek batik lembut lebih ‘chewy’ berbanding kek batik biasa. Kalau Mama nak tahu cara-caranya, ayuh kita lihat resepi kek batik lembut yang dikongsikan oleh Faizah Arzmi ini.

Resepi Kek Batik Lembut

Kredit gambar: Basickeli

Resepi oleh: Faizah Arzmi

Bahan-bahan

Cara-cara

#1 Langkah pertama, Mama perlu panaskan kuali dengan api sederhana. Kemudian, masukkan seketul mentega dan tunggu hingga ianya mencair. 

#2 Seterusnya, masukkan pula ¾ cawan serbuk koko dan satu cawan milo ke dalam kuali itu tadi. Kekalkan api kecil dan kacau rata. 

#3 Selepas itu, tuang satu tin susu pekat manis dan ¾ susu cair. Kacau semua bahan-bahan hingga menggelegak. 

#4 Kini, kita perlu sediakan biskut Marie pula. Patah-patahkan dua bungkus biskut Marie dan masukkan ke dalam kuali. Teruskan kacau hingga biskut menjadi lembut. 

#5 Apabila biskut Marie sudah lembut, Mama boleh alihkan kek batik ke dalam bekas. Penting untuk kita pastikan kek batik dimampatkan ke dalam bekas dengan cara menekan menggunakan senduk atau sudu. 

Kredit gambar: Faizah Arzmi

#6 Seterusnya, masukkan kek batik ke dalam peti sejuk selama dua hingga tiga jam. 

#7 Bagi hiasan topping nya pula, Mama boleh letakkan nutella dengan menggunakan kaedah piping. Akhir sekali, potong kek batik dan hidangkan kepada tetamu. 

Tips Menyediakan Resepi Kek Batik Lembut

Paling penting sekali ialah semasa menggaul kek batik dalam kuali. Pastikan biskut benar-benar lembut, barulah diangkat dan diletakkan ke dalam bekas.

Kalau Mama nak cuba buat manisan lain, Mama Siti cadangkan untuk cuba resepi kek coklat pisang kayangan. Selamat mencuba!


Dapatkan lebih banyak resepi menarik dan viral di SINI!