KelabMama

Gabungan Dua Resepi Kek Batik Indulgence Yang Pasti Cair di Mulut!

Resepi kita kali ini ialah gabungan dari dua resepi iaitu kek batik dan resepi topping indulgence. Menurut Nurul Hani Suhaidah, resepi ini adalah dari ibunya yang telah turun-temurun digunakan.

Ayuh kita lihat cara buat kek batik indulgence satu per satu. 

Resepi Kek Batik Indulgence

Resepi oleh: Nurul Hani Suhaidah dan Muhammad Ali

Bahan-bahan Kek Batik

Bahan-bahan Indulgence

Bahan-bahan Ganache

Cara-cara Buat Kek Batik

#1 Langkah pertama, panaskan mentega hingga cair kemudian masukkan semua bahan-bahan kecuali biskut merry. 

#2 Sedikit demi sedikit, masukkan telur ke dalam bahan-bahan tadi sehingga agak pekat sedikit. Tutup api dan sejukkan selama 2- 3 minit sebelum masukkan biskut merry. 

Kredit gambar: MR. ALI’S

#3 Gaulkan semua bahan-bahan hingga tercampur rata dan alihkan ke dalam bekas. Mampatkan dan biarkan dalam peti sejuk dalam 30 hingga 40 minit. 

Cara-cara Buat Indulgence

#1 Masukkan semua bahan yang disenaraikan kecuali whipping cream dan gelatin. Menggunakan pengisar atau mixer, pukul bahan-bahan itu hingga sebati semuanya. 

Kredit gambar: MR. ALI’S

#2 Kemudian, ambil kek dalam peti sejuk dan tuangkan indulgence yang telah siap. Masukkan semua ke dalam peti sejuk dalam masa 1 jam. 

Cara-cara Buat Ganache

#1 Menyediakan ganache memerlukan kita menggunakan teknik ‘double boil’. Masukkan semua bahan-bahan hingga ianya cair dan kacau hingga sebati. 

#2 Kemudian, tuangkan ke atas kek batik. Kek batik perlu ditinggalkan semalam supaya ganache mendapat tekstur terbaik. 

Tips Menyediakan Resepi Kek Batik Indulgence

Semoga Mama mendapat inspirasi dari resepi kali ini. 


Dapatkan lebih banyak resepi makanan yang lain di SINI.