Kalau singgah dekat restoran Nasi Kandar, mesti ada menu sotong masak kari. Kuah pekat, sotong segar, aromanya yang satu restoran boleh bau.
Sekali sekala nak cuba masak sendiri. Lagipun kedai kegemaran Mama Siti jauh nun di Pulau Pinang sana. Kalau setiap minggu mengidam kari sotong ni, takkan nak ke sana setiap minggu kan? Jadi, apa kata kita buat sendiri Resepi Kari Sotong Mamak Style ni. Piauuu sedap bak hang!
Resepi Kari Sotong Mamak Style Yang Sedap
Bahan-Bahan
- Sotong
- Bawang Besar
- Bawang Putih
- Rempah Kari Ikan
- Daun Kari
- Halba Campur
- Air Asam Jawa
- Cili Besar
Cara Memasak
- Kisarkan bawang merah dan bawang putih.
- Panaskan minyak dan tumiskan halba campur.
- Masukkan daun kari dan tumis hingga naik bau.
- Masukkan bahan kisar dan tumiskan sebentar.
- Selepas itu, tambahkan cili kisar.
- Masukkan rempah kari ikan dan kacaukan sebati.
- Tuangkan sedikit air dan tumis hingga pecah minyak serta tambahkan garam dan gula.
- Tak lengkap kari kita tanpa air asam jawa dan barulah masukkan sotong.
- Tunggu hingga mereneh dan tambahkan cili besar. Kari sotong kita dah siap dihidangkan.
Tips Menyediakan Resepi Kari Sotong
- Mama boleh gunakan serbuk cili jika tiada cili kisar, sebagai di rumah.
- Jangan masak sotong terlalu lama untuk elakkan sotong menjadi keras.
- Petua paling tak boleh tinggal – pastikan Mama bancuh dahulu serbuk kari dengan sedikit air supaya tak berketul ketika memasak.
Siap sudah Resepi Kari Sotong Mamak Style kita. Mama jangan lupa cuba resepi ni tau! Sedap, enak dan pastinya rasa utara!
Jangan lupa mencuba resepi-resepi lain di SINI. Selamat menjamu selera Mama.