“Yang, apa kata hari ni awak cuba buat resepi kari ketam macam dekat kedai mamak tu.”
Apa nak buat kalau suami minta masakkan lauk kedai mamak, lagi-lagi menu kari. Meh, Mama Siti kongsikan resepi kari ketam TANPA santan ala lauk di kedai mamak. Sedap tau!
Resepi Kari Ketam

Resepi oleh: Aisyah Humaira
Bahan-bahan
- Ketam (8 ekor)
- Tomato (Dihiris)
- Daun Kari
- Garam
- Gula
- Serbuk penyedap
Bahan-bahan Tumis
- Minyak masak
- Bawang besar (Dihiris nipis)
- Bawang kecil (Dihiris nipis)
- Bawang putih (Dicincang)
- Halia (Ditumbuk)
Bahan-bahan Rempah
- Rempah kari
- Rempah daging
- Serbuk kunyit
Cara-cara
#1 Pertama sekali, sediakan kuali dan tuangkan minyak secukupnya untuk menumis. Bila minyak dah panas, masukkan bahan tumis hingga halia menjadi layu dan agak perang.

#2 Selepas itu, masukkan pula bahan rempah dan kacau hingga sebati. Kekalkan api sederhana ketika menumis untuk elakkan tumisan hangit.

#3 Kemudian, tuang sedikit air mengikut citarasa masing-masing. Selepas air agak mereneh, boleh terus masukkan tomato ke dalam masakan. Tunggu hingga masakan menjadi pes dan pecah minyak.

#4 Seterusnya, barulah kita masukkan ketam yang telah dicuci ke dalam kuali. Boleh perasakan dengan garam, gula dan serbuk penyedap.

#5 Tutup kuali dan guna api sederhana agar air dari ketam keluar dan sebati dengan rempah kari. Kemudian, masukkan pula daun kari untuk melengkapkan rasa kari ala mamak.

#6 Selepas beberapa minit, kacau-kacau dan hidangkan atas mangkuk yang sesuai.

Tips Menyediakan Resepi Kari Ketam
- Lebihkan sedikit air ketika memasak kerana air akan berkurangan ketika proses memasak.
- Elakkan bahan rempah berketul dengan bancuhkan rempah-rempah sebelum dimasukkan ke dalam masakan.
Mudah bukan? Yang baru nak belajar memasak pun pasti dapat menyediakan resepi ini dengan jayanya. Yang penting, jangan mudah mengalah. Selamat mencuba Mama!
Jangan lupa mencuba resepi-resepi lain di SINI.