KelabMama

Mama Ini Kongsikan Resepi Kari Ayam Tanpa Santan Yang Pekat dan Sedap!

Masak kari ayam kalau tak kena cara pun boleh jadi kurang sedap juga. Apa yang penting, kalau nak masak kari ayam tanpa santan kena pastikan rempah ditumis dengan elok sampai pecah minyak.

Mama Siti pertama kali nak cuba kari ayam tanpa santan. Nasib baik jumpa resepi dari Suhaila AB di Facebook. Beliau ajar satu persatu langkah menyediakan kari ayam yang pekat dan sedap.

Jom, ikut Mama Siti buat resepi kari ayam tanpa santan.

Resepi Kari Ayam

Kredit gambar: FiveFootFive Sg

Resepi oleh: Suhaila AB

Bahan Utama

Bahan-Bahan Tumisan

Bahan-Bahan Kisar

Bahan Tambahan

Cara-Cara

#1 Mulakan dengan menumis empat sekawan bersama-sama satu sudu jintan manis. 

Kredit gambar: Suhaila AB

#2 Tidak lama selepas itu, terus masukkan bahan-bahan tumisan yang lain pula. Teruskan menumis hingga naik bau wangi. Kacau-kacaukan bahan tumisan supaya tidak hangit. 

Kredit gambar: Suhaila AB

#3 Langkah seterusnya, masukkan bahan-bahan kisaran dan tumis sehinggalah naik minyak. Pastikan bahan-bahan dalam kuali terus diaduk-aduk ya, jangan sampai hangit pula. 

Kredit gambar: Suhaila AB

#4 Tibalah masa untuk kita masukkan ayam dan kentang. Gaulkan semuanya sekali supaya rasa ayam dan bahan tumisan menyatu sempurna. 

Kredit gambar: Suhaila AB

#5 Apabila ayam mulai mengecut, masukkan pula bahan-bahan tambahan. Kita mulakan dengan tiga sudu serbuk kari, satu sudu serbuk kunyit, dua sudu serbuk cili dan satu kiub pati ayam.  

Kredit gambar: Suhaila AB

#6 Ikat dua helai daun pandan dan masukkan dalam masakkan. Bau pandan menaikkan lagi rasanya dan buat lauk jadi lebih sedap. Diikuti pula dengan air mengikut citarasa sama ada mahu pekat atau cair. 

Kredit gambar: Suhaila AB

#7 Biarkan kari ayam mereneh seketika. Mama dah boleh perasakan dengan garam atau gula sesuai mengikut citarasa sendiri dan ahli keluarga. 

Kredit gambar: Suhaila AB

#8 Selepas itu, barulah kita masukkan bendi. Pemilihan sayur sebenarnya pilihan sendiri. 

Kredit gambar: Suhaila AB

#9 Uniknya resepi kari tanpa santan ialah kita akan perahkan sedikit jus lemon ataupun jus limau. Jangan terlalu banyak pula, jadi terlalu masam nanti. 

Kredit gambar: Suhaila AB

#10 Kari ayam tanpa santan kita pun sudah sedia untuk dihidangkan. 

Kredit gambar: Suhaila AB

Tips Memasak Resepi Kari Ayam

Mama rasa macam mana? Rasa-rasa sedap tak nanti resepi ayam kari tanpa santan ini. Kalau nak tahu, memang kena cuba dulu lah kan.

Baiklah, Mama Siti suka nak kongsikan resepi ayam kam heong untuk Mama cuba di rumah. Semoga resepi kali ini sesuai dengan citarasa Mama sekeluarga.


Jom lihat pelbagai resepi menarik yang lain di SINI!