KelabMama

Resepi Ikan Masak Asam Yang Simple, Pedas & Menyelerakan

Sebelum Mama ketahui lebih lamjut tentang resepi ikan masak asam ni, izinkan Mama Siti bertanyakan satu soalan cepumas. 

Baik, apakah perbezaan ikan masak asam dan ikan masak cuka? 

Sebenarnya, perbezaan dalam kedua-dua masakan ini terdapat dalam bahan-bahan nya. Ikan masak asam menggunakan asam jawa manakala ikan masak cuka menggunakan cuka dan biji sawi.

Kalau Mama nak tau beza rasanya bagaimana, jom cuba Resepi Ikan Masak Asam ini. Resepi yang Mama Siti kongsikan semestinya yang simple dan sedikit pedas.

Resepi Ikan Masak Asam

Kredit gambar: rasa.my

Resepi oleh: Malina Lina Pg

Bahan-Bahan Masakan

Bahan-Bahan Hiasan

Cara-Cara Memasak

1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam hingga sekata.

2. Gorengkan dalam minyak panas hingga garing.

3. Tumiskan bahan hirisan seperti 5 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, ½ cm halia  dan 4 biji cili padi.

4. Apabila telah naik bau, masukkan pula 2 kecil sudu pes asam jawa.

5. Tambahkan 2 sudu besar sos tiram dan gaul rata.

6. Seterusnya, masukkan air untuk dijadikan kuah dan tunggu hingga masakan mereneh.

7. Tibalah masa untuk kita masukkan ikan yang digoreng tadi. 

8. Akhir sekali, masukkan bahan hiasan kecuali tomato. Ingat ya, bahan hiasan tidak perlu dihiris atau diketuk hanya buangkan kulit sahaja.

9. Tomato hendaklah dibelah dan dimasukkan sebagai bahan terakhir untuk mengekalkan kesegarannya.

10. Tutup periuk selama 1 minit dan menu IKAN MASAK ASAM kita siap untuk dihidangkan.

Tips Resepi Ikan Masak Asam

Nampak tak, walaupun teknik masakannya lebih kurang sama tetapi bahan yang digunakan membuatkan rasanya jauh berbeza. 

Dah siap masak, makan dengan nasi panas. Sedapnya tak terkata. 

Lain masa kalau nak cuba resepi baru lagi, Mama cadangkan sotong masak kicap Indian Style. Resepi yang sihat terutamanya yang sedap diet.


Jom cuba pelbagai resepi lain seperti yang telah dikongsikan DI SINI.