KelabMama

Baik Untuk Kolestrol! Resepi Ikan Bakar Air Asam Menggunakan Air Fryer

Selain daripada Resepi Ikan Bakar Serai, mari kita cuba pula resepi Ikan Bakar Air Asam dengan hanya menggunakan Air Fryer sahaja! Resepi ini adalah makanan ruji buat sesebuah keluarga kerana ia sangat mudah untuk disediakan.

Asyik goreng ikan je kan? Mari kita buat menu ikan dengan menggunakan Air Fryer pula! Pasti rasanya lebih sedap dan lebih sihat untuk dimakan. Untuk resepi ini, Mama boleh pakai ikan apa-apa sahaja seperti ikan kembung, selar ataupun tenggiri yang kecil. Sejujurnya, ikan apa sahaja boleh di masak tapi ini adalah recommendation daripada Mama Siti!

Untuk hari ini kita cuba ikan Selar. Sebelum itu, mari kita lihat dulu apa sebenarnya khasiat ikan Selar ini?

Khasiat Ikan Selar

Penuh dengan vitamin dan mineral, antaranya adalah:

Manfaat Ikan Selar

Untuk Mama Berpantang

Berita baik buat Mama yang sedang berpantang, boleh juga try ikan bakar air asam ni. Tetapi harus ingat, untuk resepi air asam, Mama tidak boleh letak cili, tapi digantikan dengan lada hitam. Baru lah bagus untuk Mama yang sedang berada dalam pantang.

Selain itu, air asam jawa dikatakan sangat bagus untuk hidangan Mama yang sedang berpantang.

Mama Siti harap dengan resepi ini, ia bermanfaat untuk Mama. Kini mudah sahaja untuk memasak ikan bakar, boleh pakai Air fryer sahaja. Untuk melihat resepi berpantang yang lain, Mama boleh klik sini.

Resepi Ikan Bakar Air Asam Menggunakan Air Fryer

Bahan Memasak

Untuk bahan-bahan memasak, Mama Siti telah bahagikan kepada dua iaitu ikan bakar dan air asam. Don’t worry, cara memasak menu ini mudah sahaja. Good luck, Mama!

Bahan-Bahan A

Bahan B (Air Asam)

Cara Memasak

  1. Mula-mula, bersihkan ikan dan potong dua. Kemudian, kelarkan.
  2. Panaskan Air Fryer pada suhu 180°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.
  3. Sapukan lada hitam, serbuk kunyit dan garam pada seluruh badan ikan.
  4. Seterusnya, masukkan ikan ke dalam Air Fryer dan sapukan minyak zaitun. Masak lagi 10 minit. Keluarkan.
  5. Terbalikkan ikan dan sapukan minyak zaitun. Masak lagi 10 minit. Keluarkan.
  6. Untuk membuat air asam, mula-mula, masukkan cili merah, cili api, bawang besar dan belacan ke dalam Air Fryer. Masakkan selama 5 minit dan keluarkan.
  7. Kemudian, kisarkan bahan yang dimasak dengan bancuhan air asam jawa, jus limau kasturi, garam dan gula. Gaul sebati.
  8. Langkah terakhir adalah untuk hidangkan air asam dan ikan bakar.