Tahu tak? Mama Siti jumpa resepi gulai ayam paling unik, mudah dan sedap dari perkongsian Siti Noor Hidayah Samah.
Rupa-rupanya beliau ada cara yang tersendiri untuk menyediakan resepi gulai ayam Terengganu ini. Rempah masakan dan rempah gulai Cap Rose ialah rahsianya.
Tambahan lagi, beliau juga ada berkongsi tips masak gulai ayam yang sedap. Kalau nak tahu, Mama kena ikuti tips yang akan Mama Siti kongsikan ini ya.
Resepi Gulai Ayam
Resepi oleh: Siti Noor Hidayah Samah
Bahan-Bahan
- Ayam
- Santan
- Rempah Masak Cap Rose
- Rempah Gulai Cap Rose
- Cili Boh
- Ubi Kentang
- Gula Melaka
- Asam Keping
- Kerisik
- Garam
Bahan Kisaran
- Bawang Merah
- Bawang Putih
- Kunyit Hidup
- Halia
- Lengkuas
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumis cili boh hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisaran dan teruskan menumis hingga pecah minyak.
2. Selepas itu, masukkan pula rempah dan kacau sebati kesemua bahan-bahan itu hingga sedikit garing.
3. Kini tibalah masa untuk kita masukkan ayam dan gaulkan hingga meresap rasa bahan tumisan itu.
4. Masukkan air sesuai citarasa dan gula melaka serta asam keping. Tutupkan periuk selama lima minit.
5. Bukak penutup periuk dan masukkan santan.
6. Setelah masakan mula mereneh masukkan ubi kentang, kerisik dan garam kemudian tunggu hingga kentang menjadi empuk.
7. Perlahankan api dapur dan biarkan mereneh dalam 7 hingga 8 minit. Apabila sudah pecah minyak barulah tutup api dapur.
Tips Memasak Resepi Gulai Ayam
- Proses terakhir masakan ialah kunci kepada rasa sedap gulai ayam. Perlahankan api dn biarkan sebentar tidak boleh diabaikan.
- Cili boh yang merah menyala memainkan peranan terhadap warna masakan gulai ayam.
Mudah sahaja rupanya cara masak gulai ayam Terengganu ini. Asalkan pandai cari bahan, pandai main api dah jadi resepi pantai timur ini.
Resepi ini sesuai sangat bagi yang baru-baru nak belajar masak tu. Langkah demi langkah pemilik resepi ini kongsikan cara memasaknya.
Kalau dah pandai, boleh lah cuba resepi bubur nasi pula kan. Sekali sekala nak juga bertukar citarasa.
Mama juga boleh cuba pelbagai resepi lain dengan klik SINI!