KelabMama

Ini Resepi Dumpling Halal (+ Chilli Oil Padu) Yang Mama WAJIB Cuba di Rumah

Untuk melengkapkan masakan perayaan Chinese New Year tahun ini, apa kata Mama cuba resepi dumpling halal ni? Tambah lagi dengan chilli oil?

Mama nak bawa bersama ketika menziarahi jiran tetangga yang berbangsa Cina pun sesuai sangat tau! Time nilah nak tunjuk skill memasak Mama tu.

Sting aku yahuu!

Jom baca di bawah~

Resepi Dumpling Halal Sempena CNY

Bahan-bahan

Cara-cara

  1. Basuh sayur-sayuran dan rebus dalam periuk air mendidih. Pindahkan sayur ke bekas air sejuk penuh dengan ais untuk sejukkan balik sayur tu.

2. Perahkan semua air dari sayur-sayuran tadi dan potong sayur halus-halus.

3. Dalam mangkuk besar, Mama kacau semua sayur, daging, air lada halia-Sichuan, minyak, minyak bijan, garam, kicap, lada putih, dan 2/3 cawan air. Gaul selama 6-8 minit, sehingga sebati.

4. Untuk membungkus dumplings, lembapkan tepi setiap bulatan dengan sedikit air. Letakkan sedikit inti di tengah. Lipat bulatan separuh dan picit pembalut bersama-sama di bahagian atas. Ulang sehingga semua inti habis, letakkan dumpling di atas loyang yang dialas dengan kertas pembakar. Pastikan dumpling Mama tak melekat bersama tau.

5. Kalau Mama nak frozen-kan, bungkus semua dengan bungkus plastik dan masukkan ke dalam peti sejuk atas. Bagi dia membeku dalam semalaman.

6. Untuk memasak dumpling, Mama boleh rebus atau gorengkannya. Untuk mendidih, pakai periuk besar, masukkan dumpling dan masak sehingga ia terapung ke atas dan hingga kulit masak, tetapi masih separa masak.

7. Untuk menggoreng, panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali non-stick di atas api sederhana tinggi. Letakkan dumpling dalam kuali dan biarkan ia goreng selama 2 minit. Tuangkan sedikit air ke dalam kuali, tutup, dan kecilkan api ke sederhana-rendah.

8. Biarkan dumpling mengukus sehingga airnya sejat. Tanggalkan penutup, besarkan api ke sederhana tinggi dan biarkan goreng selama beberapa minit lagi, sehingga bahagian bawah dumpling berwarna perang keemasan dan garing.

Resepi Chilli Oil Padu Wajib Mama Cuba

Bahan-bahan

Tambahan (pilihan)

Cara-cara

1. Kumpulkan semua bahan yang Mama nak pakai. Letakkan minyak dan aromatik terpilih ke dalam periuk dengan sekurang-kurangnya dua inci jarak antara minyak dan dalam periuk. Jika menggunakan bahan aromatik minimum, 1 ½ cawan minyak harus melakukannya. Jika menggunakan semua aromatik, Mama boleh menambah sehingga 3 cawan minyak.

2. Letakkannya di atas api sederhana, kemudian turunkannya secara beransur-ansur kepada api sederhana rendah atau rendah apabila minyak capai suhu ideal. Minyak tu kena suhu 110-120° C. Jika Mama perasan rempah merecik lebih kuat atau cepat hangus, kecilkan api. Jika minyak Mama tidak mendidih lagi, naikkan api secara perlahan-lahan. Campurkan semua bahan aromatik dengan cara ini selama sekurang-kurangnya 30 minit, atau sehingga 1 jam untuk hasil bagus.

3. Semasa minyak tengah meresap, sediakan kepingan cili Sichuan dan letakkannya dalam mangkuk kalis haba.

4. Lepas tu, Mama boleh tuang minyak pakai penapis ataupun Mama boleh keluarkan rempah terlebih dahulu dengan penapis. Kalau Mama was-was, test dulu minyak pada mangkuk kecil dengan cili sebelum buat semua. Hati-hati ya! Jangan lupa kacau dan kalau dah bau macam popcorn tu, kira ok lah!

5. Masukkan garam, dan biarkan chilli oil tu sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk. Mama kena sentiasa gunakan sudu yang bersih semasa mengendalikan untuk mengelakkan kerosakan.

Ia boleh bertahan sehingga 6 bulan jika dikendalikan dengan cara ini. Selamat mencuba resepi dumpling halal dan chilli oil ni ya Mama~

Kredit: Sarah


Perlukan lebih banyak resepi untuk dicuba? Klik di SINI.