KelabMama

Formula Baru Resepi Daging Masak Kicap Yang Mudah dan Lazat

Resepi masakan kali ini dikongsikan oleh seorang juru solek (MUA) yang memformulasikan cara masak daging masak kicap yang mudah disediakan.

Selalunya kalau resepi berasaskan daging, memerlukan dedikasi di dapur dari awal proses memasak hinggalah masakan siap. Tetapi Mama tahu tak, kalau kena pada caranya, kita tak perlu pun luangkan terlalu banyak masa di dapur.

Mari Mama Siti tunjukkan cara untuk buat resepi daging masak kicap yang menyelerakan ini.

Resepi Daging Masak Kicap

Resepi oleh: Mua Tempias Hawa II

Bahan-Bahan Perapan

Bahan-Bahan Tumisan

Cara-Cara Perap Daging

#1 Sediakan satu kilo daging dan potong nipis-nipis. Mama cuba boleh memotong daging kecil-kecil dalam bentuk dadu. 

Kredit gambar: Mua Tempias Hawa II

#2 Kita akan mulakan dengan menyediakan bahan perapan daging. Tuangkan empat sudu kicap, tiga sudu gula, dua biji cili, kulit kayu manis, satu sudu sos tiram dan garam secukup rasa. 

Gaulkan bersama-sama dengan daging yang telah dipotong-potong tadi. 

Kredit gambar: Mua Tempias Hawa II

Cara-Cara Menumis

# 1 Hiris 10 ulas bawang kecil, tiga ulas bawang putih dan tiga hiris halia. Manakala cili dan cili besar pula hanya perlu dibuangkan tangkainya sahaja. 

#2 Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan hirisan. Tumis sehingga naik bau wangi dan menjadi sedikit kekuningan.

Kredit gambar: Mua Tempias Hawa II

#3 Selepas itu, masukkan daging perap dan gaul hingga semua bahan tercampur rata. Biarkan daging dimasak sehingga pecah minyak.

Kredit gambar: Mua Tempias Hawa II

#4 Seterusnya, tambahkan sedikit air supaya masakan jadi lebih berkuah. Masukkan cili dan cili besar kemudian tutup periuk dan tunggu sehingga daging empuk

Kredit gambar: Mua Tempias Hawa II

#5 Sekali-sekala kacau masakan dalam periuk supaya tidak hangus. Apabila Mama sudah berpuas hati dengan tekstur daging dan rasa masakannya, bolehlah diangkat dan dihidangkan.     

Kredit gambar: Mua Tempias Hawa II

Tips Resepi Daging Masak Kicap

Menu yang Mama Siti kongsikan ini sangat mudah dan senang untuk disediakan dan yang rasanya pun lazat. Oh ya, suka Mama Siti kongsikan satu lagi resepi ‘simple‘ yang pastinya enak dimakan iaitu resepi nasi goreng cili kering.

Selamat mencuba Mama!


Mama juga boleh cuba pelbagai lagi resepi masakan menarik yang lain dengan klik di SINI!