KelabMama

Masih Banyak Daging Korban? Jom Buat 5 Resepi Daging untuk Anak-anak

Kredit gambar: Instagram Syazwina Syaura

Daging banyak khasiat untuk anak kita yang sedang membesar. Daging mempunyai pelbagai campuran nutrien, termasuk protein berkualiti tinggi seperti zat besi, zink, kolin, selenium dan vitamin B6 dan B12.

Ini adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi dan kanak-kanak. Selain itu, kanak-kanak memerlukan zat besi dan zink untuk perkembangan, pembelajaran, tingkah laku dan pertumbuhan mereka. Haa, jom bagi anak makan daging!

Jangan risau Mama, resepi-resepi ini sesuai untuk anak-anak 9 bulan ke atas. Ingat Mama dan Papa je ke boleh makan menu daging yang sedap-sedap? Jom tengok resepi-resepi yang sesuai untuk anak Mama ini.

Kumpulan Resepi Daging Untuk Si Manja

Resepi Lasagna Daging

Kredit gambar: Instagram Syazwina Syaura

Bahan-Bahan

Sos Merah
  1. Masukkan bawang dan daging kisar tadi dan goreng sampai naik bau. Kemudian masukkan tomato puree, serbuk daging, serbuk oregano.
Sos Putih
  1. Cairkan unsalted butter, masukkan susu full cream, cream cheese dan tepung gandum untuk pekatkan sos.

Cara Memasak

  1. Ratakan keledek yang telah dikukus tadi di dalam bekas.
  2. Masukkan daging dan kemudian ratakan sos putih dan ulang langkah tersebut dan akhir sekali letakkan keju pamersan.
  3. Bakar pada suhu 180°C dan sedia untuk dihidang.

Resepi Shepherd’s Pie Daging

Kredit gambar: Instagram Syazwina Syaura

Bahan-Bahan

Semua bahan di atas perlu di goreng terlebih dahulu.

Semua bahan di atas perlu dikisar halus.

Cara Memasak

  1. Masukkan isi daging, ikuti dengan isi kentang pada bahagian atas. Bakar pada suhu 150°C, selama 15-20 minit.

Resepi Nasi Daging Utaqa

Kredit gambar: Instagram Syazwina Syaura

Bahan-Bahan

Cara Memasak

  1. Panaskan kuali, tuangkan Red Palm Fruit Oil, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, 4 sekawan dan daun pandan sehingga naik bau.
  2. Satukan serbuk kurma dan serbuk kari daging, jadikan pes.
  3. Tuangkan ke dalam kuali, masukkan susu full cream.
  4. Masukkan beras, masukkan daging dan air rebusan daging.
  5. Masak seperti biasa, siap.

Resepi Daging Bakar 

Kredit gambar: Instagram Syazwina Syaura

Bahan-Bahan

Cara Memasak

Cara Masak Daging Bakar
  1. Rebus daging sehingga empuk.
  2. Perap bersama paste bakar, selama 1 jam.
  3. Cairkan unsalted butter, bakar daging atas non-stick pan.
  4. Siap.
Cara Masak Mashed Potato
  1. Rebus kentang sehingga empuk.
  2. Kisar bersama unsalted butter.
  3. Siap!
Cara Masak Paste Kurma
  1. Rendam buah kurma dengan air panas.
  2. Blend, tambah sedikit air.
  3. Siap!

Resepi Bihun Sup Utaqa 

Kredit gambar: Instagram Syazwina Syaura

Bahan-Bahan

Cara Memasak

  1. Celur bihun dengan serbuk kunyit, toskan.
  2. Kisarkan bahan bertanda.
  3. Rebus daging, masukkan bahan blend, sup bunjut, 3 sekawan . Rebus sekali, daging keluarkan minyak dah, rebus sampai empuk.
  4. Daging dah empuk, hiris nipis.
  5. Hidang kan bersama, daun sup bawang goreng. Siap!

Kredit: Instagram Syazwina Syaura