KelabMama

Mama Cubalah 5 Resepi Daging Kambing Ini Sempena Raya Korban

resepi daging kambing raya korban

Asyik buat menu sama je bila dapat daging kambing korban; kalau tak kambing bakar mesti goreng cicah air asam kan? Apa kata untuk tahun ini, Mama cuba resepi daging korban yang Mama Siti kongsikan ni. Ada lima resepi yang Mama boleh cuba!

Resepi Daging Kambing Raya Korban

1. Kari Kambing

Bahan-bahan

Bahan untuk dibancuh

Bahan kisar

Bahan menumis

Cara Penyediaan:

  1. Mula-mula Mama cuci daging kambing bersama sedikit tepung gandum sehingga bersih dan toskan.
  2. Masukkan air dalam anggaran separuh tenggelam daging. Rebus sehingga lembut. Kalau gunakan kaedah rebus biasa masa untuk daging lembut lebih kurang 2 setengah hingga 3 jam. Jika gunakan pressure cooker anggaran dalam 30 minit hingga 45 minit.
  3. Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar halus.
  4. Masukkan rempah yang telah dibancuh air dan tumis sehingga pecah minyak. Kacau dengan kerap supaya bahagian bawah tidak hangus. Tambahkan sedikit air jika terlalu kering semasa menumis.
  5. Masukkan daging kambing yang telah direbus. Masak seketika hingga rempah meresap ke dalam daging.
  6. Kemudian masukkan air rebusan daging, santan cair, kerisik, asam gelugor atau asam jawa dan kentang. Masak sehingga mendidih dan sedikit kering.
  7. Masukkan santan pekat, gula melaka dan garam secukup rasa.
  8. Sebelum angkat masukkan tomato dan tutup api.

Resepi: Resepi CheNom

2. Kurma Kambing

Kredit Gambar: Azie Kitchen

Bahan-bahan

Bahan kisar

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan kuali dengan minyak sapi kacau sekejap.
  2. Kemudian, masukkan daun kari, pandan, 5 sekawan, bawang putih, bawang merah dan halia. Tumiskan sehingga menjadi warna golden brown.
  3. Bila dah bertukar warna, Mama masukkan bahan kisar tadi dan rempah kurma, masak sekejap.
  4. Mama masukkan air sedikit, tumiskan sehingga pecah minyak
  5. Masukkan lada putih, lada hitam kacau sekejap dan masukkan kambing.
  6. Mama tambahkan air untuk merebus daging kambing sampai empuk.
  7. Seterusnya masukkan santan pekat awal, kacau sekejap dan masukkan serbuk kunyit.
  8. Mama masukkan kentang dan rebuskan sehingga daging menjadi empuk.
  9. Masukkan kerisik dan lobak merah dan santan pekat akhir pula, kacaukan.
  10. Akhir sekali Mama masukkan gula merah, asam jawa, perasa dan garam, Mama boleh tambah bawang holland dan cili hijau.

Resepi: Che Sayang_Kitchen

3. Stew Daging kambing

Bahan-bahan

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan daging kambing dalam pressure cooker, set masa selama 35 minit.
  2. Panaskan kuali dengan minyak dan tumiskan semua bahan yang telah Mama potong tadi.
  3. Siap menumis, ketepikan sekejap.
  4. Mama masukkan pati tomato dalam pressure cooker.
  5. Kemudian, Mama masukkan bahan tumisan tadi dalam pressure cooker.
  6. Tambahkan lada hitam, garam, perasa, serbuk paprika dan origano.
  7. Masukkan tepung jagung dan kacau rata.

Nota: Untuk resepi ni Mama gunakan pressure cooker dan tambah tepung jagung mengikut kepekatan kuah yang Mama nak.

Resepi: allyarifff

4. Asam Pedas Kambing

Kredit Gambar: My TV ONLINE

Bahan-bahan

Bahan kisar

Cara Penyediaan:

  1. Potong kecil daging kambing. Basuh dan toskan. 
  2. Panaskan minyak kemudian tumis bahan yang dikisar dan serai sehingga garing. 
  3. Masukkan daging. Biarkan sehingga daging lembut dan pecah minyak. 
  4. Masukkan jus asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air.
  5. Masukkan garam dan didihkan sehingga daging empuk.
  6. Kemudian masukkan terung bulat, daun ketumbar, daun limau purut, dan lada hitam. Biarkan reneh sehingga pekat dan pecah minyak.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi: MyResepi

5. Kuzi Daging Kambing

Kredit Gambar: YouTube Channel Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

Bahan-bahan

Bahan kisar

Bahan goreng

Cara Penyediaan:

  1. Mula-mula Mama kisarkan halia, bawang putih bahan kisar bersama rempah kurma.
  2. Masukkan daging kambing dalam pressure cooker, masukkan juga bahan kisar, kuib pati lembu dan secubit garam. Gaulkan supaya sebati.
  3. Mama rebus daging set masa selama 25 minit dengan pilihan fungsi tendons.
  4. * Kemudian, Mama kisarkan cili hijau, dua biji bawang merah, daun ketumbar, daun pudina dan tambahkan sedikit air supaya bahan dapat dikisar.*
  5. Dalam pan kecil Mama masukkan biji ketumbar, jintan manis, jintan halus. Mama sagai sekejap tanpa minyak dengan api kecil.
  6. Selesai sagai Mama kisarkan tanpa tambahkan air. Kisar rempah sehingga halus.
  7. Seterusnya Mama panaskan kuali, tambahkan sedikit minyak dan tambahkan minyak sapi.
  8. Masukkan kacang gajus dan kismis, Mama goreng sehingga kacang gajus menjadi keperangan, dengan api kecil. Pastikan Mama sentiasa gaul kacang dan kismis. Ketepikan.
  9. Minyak yang sama Mama masukkan lebihan bawang merah tadi untuk dijadikan bawang goreng.
  10. Buangkan sedikit minyak, Mama tumiskan rempah 4 sekawan, serai dan daun pandan (simpul).
  11. Kemudian, masukkan cili kering, gaulka, sambil Mama masukkan bahan kisar tadi (langkah 4*) gaul sebati.
  12. Masukkan rempah Mama kisar kering, serbuk kunyit, gaulkan.
  13. Setelah rempah Mama pecah minyak masukkan gula melaka dan tomato puri, gaul sebati.
  14. Tambahkan yogurt asli, tumiskan sehingga pecah minyak kali kedua.
  15. Mama sudah boleh masukkan daging kambing yang direbus tadi bersama air rebusan sedikit.
  16. Masukkan sedikit air mawar dan susu sejat.
  17. Mama biarkan daging menjadi empuk dan kuah kuzi kering dalam api besar serta gaul sesekali.
  18. Setelah kuah pecah, Mama masukkan bawang goreng.
  19. Setelah daging empuk mama boleh masukkan garam dan kacang gajus serta kismis. Mama boleh tambahkan perasa sekiranya kuah Mama ada rasa kurang. Tunggu sehingga pecah minyak kali ketiga.
  20. Dah siap dihidang untuk keluarga Mama.

Nota: Mama gunakan halia dalam kuantiti banyak pun boleh juga, dapat hilangkan bau hamis kambing.

Resepi: Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

Tips Hilangkan Bau Hamis Kambing

  1. Mama rendamkan daging dan basuh bersama tepung gandum.
  2. Lumurkan daging dengan sedikit tepung dan biarkan selama 15 minit. Kemudian Mama bersihkan daging dan perah limau, lemon atau cuka. Biarkan selama 30 minit dan bilas.
  3. Mama boleh juga gunakan air beras sewaktu membasuh atau membilas daging.

Raya nanti tak perlu nak masak menu sama lagi, Mama Siti suggest dekat Mama cuba resepi stew kambing, confirm ini paling laku. Selamat mencuba!


Mama Papa nak tahu apa hukum menggunakan daging korban untuk kenduri? Klik di SINI.