Mama pernah makan daging jeruk? Mama Siti pun first time dengar masa balik kampung tau. Rasanya masam, pedas dan masin memang sedap makan pula dengan nasi panas-panas memang menambah.
Lebihan daging korban yang banyak dalam fridge Mama, sesuai sangat kalau dijadikan daging jeruk, boleh mengelakkan daging rosak akibat simpan lama dalam fridge.
Kadang-kadang bila daging simpan lama tekturnya sudah tidak fresh dan ada baunya pula mungkin akan busuk. Jom tengok macam mana cara untuk Mama membuat daging jeruk.
Cara Membuat Daging Jeruk
Mama hanya perlukan tiga bahan je untuk membuat daging jeruk.
Bahan-bahan
- 1 kilogram daging
- 15-20 biji limau nipis – asingkan biji
- Garam
Cara Penyediaan:
Cara pertama:
- Mula-mula Mama hirisnya secara nipis atau saiz yang Mama suka.
- Bersihkan daging dengan baik dan toskan sehingga kering.
- Daging yang bersih tadi Mama letakkan dalam besen kecil.
- Mama tambahkan garam, air perahan limau nipis dan gaul sebati.
- Mama letakkan kulit limau sekali dalam bekas dan tutupnya dengan rapat.
- Perapkan dalam chiller selama empat hingga lima hari.
Cara kedua:
- Mama susun daging dalam botol untuk dijadikan lapisan pertama.
- Mama tabur garam dan perahkan limau nipis secukupnya keatasnya.
- Kemudian, Mama ulang langkah yang sama sehingga daging habis disusun dalam bekas.
- Tutup bekas dengan rapat dan perapkan dalam chiller.
Nota: Mama boleh sekiranya daging sudah bertukar warna pucat, Mama sudah boleh mengorengnya.
Resepi: Mingguan Wanita
Resepi Daging Jeruk Goreng
Bahan-bahan
- Daging jeruk
- Bawang merah – hiris bulat
- Bawang putih – ketuk
- Cili merah besar
- Daun bawang
Cara Penyediaan:
- Mula-mula Mama gorengkan bawang merah dengan bawang putih.
- Nampak bawang pula layu, Mama masukkan cili merah.
- Goreng sehingga kekuningan.
- Kemudian Mama masukkan daging. Kacau lebih kurang dalam lima minit.
- Taburkan daun bawang dan siap untuk dihidangkan.
Nota: Kalau Mama suka daging yang garing, Mama boleh menggorengnya lama sedikit.
Resepi: Mingguan Wanita
Kaedah ini bukan sahaja memastikan daging tidak membazirkan, malah dapat memanjangkan tempoh simpanan daging dan boleh dijadikan menu express Mama juga tau.
Selamat mencuba Mama!
Mama nak tahu apa lagi resepi yang menarik untuk Mama cuba? Klik di SINI.