KelabMama

Chef Kiss! Resepi Daging Black Pepper Paling Cepat dan Sedap di Dunia

“Okay Mama Siti. Apa lagi yang wajib diberi perhatian selain pemilihan daging untuk resepi kali ini? “

Jawapannya mudah. Cara potongan sayur. Ya, potongan sayur sangat memainkan peranan dalam menu masakan kita kali ini.

Sayur-sayuran daging black pepper perlu dipotong petak-petak. Manakala sayur yang menyerlahkan lagi seri masakan ini ialah lada benggala atau capsicum.

Di bawah ini Mama Siti kongsikan langkah-langkah memasak daging black pepper sebagai panduan.

Resepi Daging Black Pepper

Kredit gambar: Aneka Resepi Daging

Resepi oleh: Yuera Mansor

Bahan-Bahan

Cara-Cara

#1 Hiris daging lembu kecil-kecil dan rebus beberapa minit supaya tidak liat ketika dimakan nanti.

Kredit gambar: Yuera Mansor

#2 Tumbuk bawang putih dan potong lada benggala dan bawang holland petak-petak. Tidak dilupakan supaya potong daun bawang panjang-panjang. 

Kredit gambar: Yuera Mansor

#3 Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga garing. Selepas itu, masukkan daging lembu yang telah direbus.

#4 Apabila daging mulai kering, tuangkan sos lada hitam, sos tiram dan kicap lemak manis. Tambahkan air jika Mama gemar lauk yang berkuah. 

Kredit gambar: Yuera Mansor

#5 Gaulkan kesemuanya agar sebati rasa dan aromanya. Kemudian terus masukkan lada benggala dan bawang holland.

Kredit gambar: Yuera Mansor

#6 Teruskan kacaukan semua bahan masakan dalam kuali hingga lada benggala menjadi layu. 

Kredit gambar: Yuera Mansor

#7 Tutup api dan taburkan potongan daun bawang dan gaulkan sekali lagi. Sekarang menu daging black pepper kita dah sedia untuk dihidangkan. 

Kredit gambar: Yuera Mansor

Tips Menyediakan Resepi Daging Black Pepper

Cara potongan sayurlah yang membezakan menu daging black pepper dengan resepi-resepi yang lain. Pastikan ada sekurang-kurangnya satu jenis lada benggala, Mama Siti cadangkan yang berwarna kuning.

Semoga Mama lebih bersemangat untuk mencuba resepi daging black pepper yang paling cepat dan sedap ini ya.


Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain seperti yang dikongsikan di SINI.