Resepi daging bakar cicah air asam yang Mama Siti kongsikan pada kali ini, sangat mudah dan sesuai dinikmati ketika berkelah atau santai petang. Boleh juga dimakan bersama nasi panas tapi kalau nak rasa yang lebih nikmat, Mama kena cicah dengan air asam je!
Kalau Mama rajin, boleh bakar daging guna arang, sebab rasanya lebih sedap dan berjuicy berbanding dimasak atas dapur atau air fryer.
Tanpa membuang masa, jom lihat apakah cara-cara untuk buat resepi daging bakar ini!
Resepi Daging Bakar Cicah Air Asam
Bahan Perapan Daging (Diperap semalaman):
- Daging 1 kilo
- 3 sb sos cili
- 1 sb sos ikan
- 2 sb sos tiram
- 2 sb sos barbeku
- 3 sb gula perang
- 2 sb serbuk lada hitam
- 2 sk serbuk cukup rasa
- Sedikit minyak
Cara-cara:
#1. Mula-mula Mama cuci sehingga bersih daging, tos dan ketepikan. Kemudian cuci pula lada hitam dan toskan airnya.
#2. Setelah itu, Mama masukkan lada hitam yang telah dicuci bersih tadi kedalam lesung batu. Tumbuk sehingga ia lumat lalu ketepikan.
#3. Seterusnya, ambil daging yang telah ditoskan airnya tadi letak kedalam sebuah bekas.
#4. Masukkan 3 sudu besar sos cili kedalam bekas yang diisi daging tadi.
#5. Masukkan pula sos tiram, sos ikan dan sos barbeku.
#6. Lada hitam yang telah ditumbuk sehingga halus tadi, Mama masukkan kedalam bekas daging bersama-sama dengan serbuk perasa dan gula perang.
#7. Gaul sebati semua bahan dan perap semalaman sebelum dibakar.
Resepi Air Asam
Bahan sos:
- Akar daun ketumbar
- Daun ketumbar
- 1 sb beras (sangaikan dulu & tumbuk)
- 2 ulas bawang putih
- 2 sb sos ikan
- 2 biji limau nipis
- 2 sb gula perang
- 5 tangkai cili padi
- 2 sb sos cili
- 2 sb sos tiram
- 1 bawang besar (dihiris nipis)
Cara-cara:
#1. Tumbuk akar daun ketumbar dan bawang putih serta cili padi sampai lumat. Masukkan sos ikan, gula melaka, gula perang, beras yg disangai(ditumbuk) dan perahan limau nipis.
#2. Kemudian masukkan pula sos cili, sos tiram, daun ketumbar dan bawang besar yang dipotong serta sedikit garam.
Diharapkan dengan perkongsian di atas, Mama berpuas hati dengan hasilnya nanti. Selamat mencuba!
Dapatkan juga pelbagai resepi menarik yang lain di SINI!