Tak boleh! Dalam ni ada gula. Manis sangat. Baby tak boleh makan cupcake yang ada gula…
Mama mesti kesian kan dekat si manja, yalah, kita berselera makan cupcake tapi si manja hanya boleh tengok saja. Nak bagi dah ada perasaan ragu-ragu, takut jadi apa-apa dekat anak, susah untuk mama pula.
Tapi sebenarnya, boleh saja kalau mama nak buat cupcake, kudap-kudap atau snek tanpa menggunakan sebarang gula. Sedap pun sedap. Ish, macam mana kek boleh jadi sedap tanpa gula, Mama Siti?
Pakailah resepi kek untuk baby dari Puan Khalida Mahsari dari Happy Baby Food Malaysia (HBFM) ini! Nanti mama bolehlah buatkan cupcake untuk hari jadi, kudapan atau snek bayi nanti.
Bahan-bahan dia macam mana Mama Siti? Mestilah kita guna bahan yang bebas gula dan garam dan yang paling penting, selamat untuk bayi. Pewarna pink yang mama akan tengok lepas ni pun daripada buah naga segar tau? Nampak cantik kan?
Ini resepi kek untuk baby beserta sukatan selengkapnya.
Resepi cupcake untuk bayi 1 tahun ke atas
Bahan-bahan
Untuk Kek
- 1/2 buku unsalted butter
- 1/4 cawan madu
- 3 biji telur
- 2-3 sudu besar susu full cream
- 1 cawan tepung kek
Untuk Frosting
- 150g cream cheese
- 250g unsalted butter
- 3 sudu besar madu yang dididihkan
- 1-2 sudu besar susu full cream
- ekstrak buah naga (sebagai pewarna)
CARA-CARA
Untuk Kek
1. Putar butter hingga kembang menggunakan mixer.
2. Masukkan madu. Putar lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar lagi.
4. Masukkan tepung kek. Masukkan setengah dulu dan putar guna mixer. Setengah lagi kaup dengan senduk.
5. Sudukan ke dalam cawan cupcake. Bakar dalam oven 180 darjah lebih kurang 25 minit guna api atas bawah ok.
Sementara tunggu masak, kita boleh buat frostingnya pulak.
Untuk Frosting
1. Pukul cream cheese dan butter hingga kembang.
2. Masukkan madu. Putar lagi.
3. Tambahkan susu full cream. Putar lagi hingga sebati.
4. Bahagikan kepada 3 bahagian untuk buat tona warna pink pekat, pink cair dan putih. Untuk pink pekat masukkan banyak sikit ekstrak buah naga.
5. Dah siap masukkan dalam piping bag dan boleh hiaskan atas cupcake.
Macam nilah hasilnya bila dah siap!
Tanpa gula pun sedap!
Senangnya! Tak ada gula dan sebarang pewarna atau perasa tiruan pun tapi cupcake ni tetap sedap dan lembut.
Sesuailah kalau mama nak buat masa celebrate birthday si manja atau parti kanak-kanak. Selamat dimakan dan bebas gula!
Sumber: SirapLimau, Puan Khalida Mahsari
BACA JUGA BISKUT BAYI 3 BAHAN JADI PENYELAMAT MAMA BELI SNEK ANAK!
Pesan Mama Siti:
Lepas ni dah boleh senyum lebar sebab dah boleh kongsi cupcake dengan anak. Kalau dulu anak boleh tengok saja, sekarang anak pun dah boleh makan sekali. Tak ada lah rasa berdosa sangat. Kita sebagai mama kan semua benda nak share dengan anak, makanan, beg, segala benda kita bagi saja sebab nak mereka happy. Asalkan mereka membesar dengan sihat dan sentiasa ceria, itu dah jadi pengubat letih lesu kita.