Sebenarnya bahan utama nak buat cucur ikan bilis ini ada tiga sahaja iaitu tepung, air dan ikan bilis. Macam biasa garam dan gula sebagai bahan perasa agar cucur atau jemput-jemput sempurna rasanya.
Kali ini, resepi yang Mama Siti bawakan khas untuk Mama semua ialah cucur ikan bilis. Keistimewaannya kali ini, kita akan buat resepi cucur ikan bilis yang garing diluar dan lembut di bahagian dalamnya.
Satu lagi kelebihan resepi kali ini ialah kita akan buat cucur ikan bilis bulat-bulat. Menu ini sesuai untuk hidangan sarapan dan minum petang.
Apa tunggu lagi, jom kita perhatikan bahan dan cara-cara buat cucur bilis bulat-bulat.
Resepi Cucur Ikan Bilis
Resepi oleh: Happy Days With Hana
Bahan-bahan
- Tepung gandum
- Baking Soda
- Ikan bilis
- Daun kucai/ Daun Sup/ Daun Ketumbar
- Bawang kecil
- Lobak Merah
- Cili Merah
- Garam
- Gula
- Air panas
- Air kosong
- Minyak masak
Cara-cara
1. Potong halus dan cincang dadu ikan bilis, daun sup, bawang kecil, lobak merah dan cili merah.
2. Masukkan bahan di atas ke dalam bekas yang di isi tepung gandum.
3. Tambahkan air panas sedikit demi sedikit ke dalam adunan agar mudah di adun.
4. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
5. Jika masih agak kering, tambahkan lagi air kosong hingga menjadi sedikit cair.
6. Bulatkan-bulatkan doh cucur bilis.
7. Siapkan kuali dengan minyak panas dan gorengkan cucur bilis.
8. Mainkan api dari sederhana hingga perlahan. Masak hingga cucur bertukar kekuningan.
9. Cucur udang kita sudah siap dihidangkan.
Tips Memasak Resepi Cucur Bilis
- Sapukan tangan dengan sedikit minyak agar cucur kita tidak melekit.
Baru Mama Siti perasan, kita boleh ambil kesempatan ini dengan menjadikannya sesi bonding bersama anak-anak. Sambil-sambil siapkan hidangan minum petang, kita juga dapat luangkan masa dengan anak. Ajak anak ‘cucun-cucun’ seperti adik Umar ni.
Cara nak buat resepi cucur ikan bilis ini memang agak rumit sedikit. Ada bahan yang perlu dipotong kecil, perlu sediakan air panas dan air suhu bilik dan perlu gentel adunan cucur kepada bentuk bulat.
Walaupun banyak langkah-langkah, rasanya nanti memuaskan. Ditambah lagi dengan bentuknya yang bulat-bulat, nampak kemas dan menyelerakan. Selamat mencuba ya. Ayuh cuba resepi sotong paprik ala Thai!
Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mama mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mama di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!