Selain dari nama butter chicken dalam kalangan masyarakat Indian memanggilnya juga sebagai murgh makhani. Murgh makhani ni antara makanan yang famous tau dalam masyarakat Indian.
Lebih kurang sama dengan ayam tikka masala tapi ada sedikit penggunaan rempah yang berbeza dan sudah pastinya guna butter.
Rasanya pun tak pedas sangat, jadi sangat sesuai kalau nak masak untuk anak-anak Mama. Apa kata kali ni Mama cuba masak masakan India pula, mana tahu akan jadi lauk favourite anak Mama lepas ni.
Resepi Butter Chicken Indian Version
#1 Butter Chicken Indian Style
Bahan-bahan
Bahan perapan:
- 500 gram isi ayam – potong kecik
- 50 gram pes bawang putih dan halia atau 1 halia dan 2 ulas bawang putih
- ½ sudu teh garam
- ⅓ cawan yogurt
- ½ sudu makan serbuk cili
- ½ sudu makan minyak masak
- ½ sudu teh serbuk garam marsala
Bahan sos:
- 2 sudu makan minyak masak
- 1 inci halia – ditumbuk lumat
- 3 cili hijau
- 1 kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 5 kuntum bunga cengkih
- 2 helai daun salam kering (bay leaf)
- 5-6 biji tomato
- ½ sudu teh serbuk cili
- ¼ cawan krim
- 1 sudu makan gula
- ½ sudu makan garam
- 2 sudu makan sos tomato
- 2 sudu teh kasoori methi (daun halba kering)
- 3 sudu makan mentega
- ½ cawan gajus – dipanggang dan kisar halus
Cara Memasak:
- Campurkan semua bahan perapan dengan ayam yang telah dibasuh bersih dan kering. Perapnya selama 3 jam. Kalau Mama nak lagi sedap boleh perap semalaman.
- Kemudian bakar sehingga masak dalam 35 minit dengan suhu 180 darjah salsius.
- Untuk buat sos pula, Mama panaskan periuk dan minyak masak, kemudian tumis kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan daun salam sehingga naik bau.
- Masukkan halia tumbuk dan cili hijau. Gaul sekejap dan masukkan tomato dan sedikit air.
- Masak sehingga tomato jadi lembik. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit.
- Blend semua bahan tadi sehingga lumat dan tuang semula ke periuk dan panaskan.
- Masukkan gajus yang telah dikisar. Kemudian, masukkan garam, gula, krim, daun halba kering, sos tomato dan mentega. Gaul sehingga rata.
- Ambil Ayam yang telah dibakar tadi dan masukkan kedalam sos. Gaul rata dalam 5 minit.
- Tutup api dan hidangkan dengan krim atau yogurt.
Resepi: MaRulez Arif
#2 Butter Chicken Masala
Bahan-bahan
- 400 gram isi ayam, bahagian dada
- 1 sudu besar plain yoghurt
- 1 sudu kecil rempah garam masala
- 2 sudu kecil serbuk cili
- sedikit garam
- 3 sudu besar butter
- setangkai daun kari
- ½ cawan susu cair
- segenggam gajus, tumbuk dan bancuh dengan air menjadi pekat
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
Cara memasak:
- Bersihkan ayam, potong dadu dan gaulkan bersama plain yoghurt, rempah garam masala, serbuk cili, dan bahan tumbuk halus.
- Perap ayam selama sejam. Kalau Mama nak perap semalaman pun boleh jugak. Lagi lama di perap lagi sedap.
- Panaskan butter dalam kuali, goreng daun kari sehingga garing dan angkat.
- Goreng pula perapan ayam tadi dalam minyak butter. Jangan terlalu cepat untuk membalikkan ayam kerana nanti ayam susah nak masak di bahagian luar.
- Masukkan pula susu cair dan pes bancuhan pekat gajus.
- Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga kuah mendidih.
- Mama tambahkan sedikit air kalau kuah terlalu pekat.
- Taburkan dengan daun kari tadi, dan hidang.
Nota: Mama boleh menambah krim masam atau santan pekat untuk memberikan kelembutan dan kekayaan kepada sos. Jangan lupa untuk kacau rata agar sos tidak pecah.
Resepi: malaysiaculinary.com
#3 Butter Chicken India Utara
Bahan-bahan
Bahan perapan
- 500 gm kepak ayam
- 1 sudu kecil pes bawang putih
- ½ sudu kecil serbuk cili
- 1 sudu besar yogurt
- 1 sudu kecil jus lemon
- 1 sudu kecil serbuk paprika
- 2 sudu besar minyak masak
Bahan lain-lain
- 2 sudu besar butter
- 1 ulas bawang holland – potong dadu
- 3 ulas bawang putih
- 1 ½ tomato puri
- ½ sudu kecil serbuk cili
- 1 sudu kecil serbuk paprika
- 1 sudu kecil serbuk jintan manis
- 1 sudu kecil serbuk garam masala
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil gula
- 1 cawan air
- ½ cawan cooking cream
- 1 sudu kecil daun fenugreek
Cara memasak:
- Perap kepak ayam bersama bahan perapan sekurang-kurangnya 1 jam atau semalaman.
- Keluarkan kepak ayam dan goreng selama 10 atau 15 minit. Angkat dan toskan.
- Kemudian, tambahkan butter, bawang holland, bawang putih. Goreng sehingga bawang sedikit hancur dan bau wangi.
- Selepas itu, tambahkan tomato puri, serbuk cili, serbuk paprika, serbuk jintan manis, serbuk garam masala, garam dan gula, air, cooking cream dan daun fenugreek.
- Gaul sehingga rata.
- Tambahkan ayam yang digoreng tadi bersama 1 sudu besar butter.
- Gaul, tutup periuk dengan penutup dan masak selama 15 minit.
Resepi: Daily Makan
#4 Butter Chicken Masala Tanpa Krim
Bahan-bahan
- 500g daging ayam (potong dadu)
- 2 sudu besar mentega
- 1 sudu besar minyak masak
- 2 biji bawang besar (cincang halus)
- 1 sudu besar halia cincang
- 1 sudu besar bawang putih cincang
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu besar serbuk jintan manis
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 1 sudu besar serbuk jintan putih
- 1 sudu besar serbuk kayu manis
- 1 sudu besar garam
- 1 sudu besar gula
- 1 cawan tomato hancur
- ½ cawan yogurt
- ½ cawan air
- Daun ketumbar segar
Cara memasak:
- Mama panaskan mentega dan minyak dalam kuali besar di atas api sederhana.
- Tumiskan bawang besar, halia, dan bawang putih hingga bau harum dan keemasan.
- Tambahkan serbuk ketumbar, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk kunyit, serbuk jintan putih, dan serbuk kayu manis.
- Goreng kesemua rempah ini selama beberapa minit hingga berbau harum.
- Masukkan daging ayam yang telah dipotong dadu dan goreng hingga berubah warna dan terlumur dengan rempah-rempah.
- Kemudian, tambahkan garam, gula, tomato hancur, yogurt, dan air. Aduk rata dan biarkan masakan mendidih.
- Tutup kuali dengan rapat dan biarkan ayam masak dalam sos selama kira-kira 15-20 minit, atau sehingga ayam empuk dan sos menjadi pekat.
- Sekiranya masakan terlalu kering, Mama boleh tambahkan sedikit air. Sekiranya terlalu cair pula, Mama masak lebih lama untuk kurangkan air.
- Selepas masakan siap, hias dengan daun ketumbar segar yang dicincang halus sebelum dihidangkan.
Resepi: YouTube Channel Who’s Cookin’
Butter chicken ni tak semestinya makan dengan nasi je, nak makan dengan roti naan pun boleh. Kalau Mama nak buat bekal, Mama Siti suggest Mama guna tortila atau wrap lepastu letak sayur sikit. Confirm sedap.
Dapatkan lebih banyak resepi yang menarik dan lazat di SINI.