Bila masuk bulan Muharram mesti kita tertunggu-tunggu hari Asyura selain kita berpuasa beberapa hari dalam bulan Muharram. Umat Islam terutamanya di Malaysia juga akan mengadakan aktiviti memasak bubur Asyura bersama-sama, dan sering diagihkan kepada orang ramai.
Di kampung Mama Siti masih ada aktiviti memasak bubur Asyura secara beramai-ramai. Tetapi menjadi tanda tanya pula, sama ada amalan memasak ini dibolehkan dalam Islam sempena meraikan hari Asyura ini.
Apakah Hukum Raikan Hari Asyura dengan Bubur Asyura?
Menjadi tanda tanya adakah memasak bubur Asyura untuk meraikan 10 Muharram merupakan satu amalan yang dibolehkan dalam Islam atau sekadar budaya yang diamalkan sejak zaman nenek moyang sahaja?
Aktiviti ini dikaitkan dengan kisah Nabi Nuh AS dan umatnya ketika dilanda badai, walaupun kisah ini tidak terdapat dalam nas yang sahih dalam al-Quran atau hadis, tetapi diceritakan oleh ulama sirah.
Tidak salah mengambil iktibar dari kisah ini kerana ia adalah riwayat sirah, yang diterima selagi tidak menyentuh soal akidah dan hukum hakam.
Adat ini tidak bertentangan dengan syarak dan terpuji kerana memasak bubur bersama dapat mengeratkan silaturrahim dan membudayakan amalan sedekah dalam masyarakat.
Tidak salah untuk kita jadikan acara memasak bubur Asyura ini dilakukan setiap tahun selagi tidak melanggar syarak.
Resepi Bubur Asyura
Okay jom tengok resepi untuk bubur asyura. Mama Siti sediakan tiga version resepi berbeza memasak bubur asyura dari negeri-negeri lain.
#1 Bubur Asyura Utara
Bahan-bahan
Bahan-bahan A
- 2 cawan tepung beras
- 2 sudu makan tepung jagung
- 3 cawan pati santan
- 4 cawan air
- 1 sudu teh garam
- Daun pandan
- 1 cawan gula putih
- 2 ketul kecil gula melaka
- 1 cawan air
Bahan-bahan B
- 1 tin jagung
- ½ biji labu sebelah – potong dadu
- 2 biji ubi keledek – potong dadu
- 1 cawan kacang hijau – rebus empuk
- 1 cawan kacang merah – rebus empuk
- 6 biji pisang (boleh lebihkan jika Mama suka)
Cara penyediaan:
- Satukan gula putih, gula melaka dan air, kemudian masak sehingga larut dan sejukkan.
- Satukan semua bahan-bahan A dalam satu bekas dan bancuh sehingga sebati, kemudian tapis dan tuang terus ke dalam kuali.
- Campur semua bahan B (kecuali pisang) ke dalam kuali berisi bahan A.
- Masak guna api perlahan sambil sentiasa dikacau.
- Apabila hampir masak, masukkan pisang dan masak lagi sehingga nampak berkilat (anggaran masa lebih kurang 1 jam 20 minit), kemudian padamkan api.
- Siap untuk dihidang!
Resepi: myresepi
#2 Bubur Asyura Kelantan
Bubur Asyura atau “suro” versi Kelantan ni agak mengambil masa yang lama sedikit, iaitu lebih kurang selama lima atau enam jam.
Bahan-bahan
Bahan A:
- 1 kilogram beras
- ½ kilogram kacang hijau
- 4 biji telur – pilihan
- Air secukupnya – termasuk air rebusan daging
Bahan B:
- 150 gram kacang merah – boleh tambah
- 6 tongkol jagung – resepi ini guna 3 tongkol
- 2 biji ubi keledek – potong dadu
Bahan C:
- 1 ½ biji kelapa – 1500 ml santan
- 200 gram rempah asyura
Bahan D:
- 1 kilogram daging – guna 1 ½ kilogram lebih sedap
- 1 ½ – 2 sudu besar santan garam kasar
- 6 cawan gula – bergantung pada citarasa
- 1 sudu besar gula apong – pilihan
- 2 keping gula melaka
Bahan goreng dan kisar:
- 14 biji bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 4 batang serai
Cara Penyediaan:
- Mula-mula Mama rebus dahulu daging hingga masak dan carik halus.
- Gorengkan bahan kisar dengan sedikit minyak. Kemudian kisar sehingga hancur dan masukkan ke dalam kuali.
- Masukkan santan dan rempah asyura bersama bahan kisar. Kacau hingga naik minyak muda. Tutup api dan ketepikan.
- Masak beras dengan kacang hijau dengan air secukupnya sehingga beras menjadi bubur.
- Setelah nasis menjadi bubur, Mama masukkan kacang merah dan kacang putih (jika gunakan), jagung dan ubi keledek.
- Seterusnya, masukkan rempah yang dimasak, gula, gula melaka dan garam. Kacau rata.
- Masukkan daging dan telur. Kacau rata sehingga pekat dan berat.
- Bila dah naik minyak dan warnanya berkilat, boleh tutup api dan tuang asyura ke dalam loyang yang dilapik daun pisang.
Resepi: theAsianparent
#3 Bubur Asyura Johor
Di Johor, resepi bubur Asyura lebih kurang sama dengan resepi bubur lambuk. Bubur Asyura di Johor pun agak berlainan dari negeri lain.
Bahan-bahan
- 2 cawan beras
- 2-3 senduk santan – resepi guna 1 cawan
- 2 cawan daging lembu/ayam – kisar/cincang
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 4 sudu besar rempah soto (jika tiada, boleh guna serbuk rempah sup + serbuk rempah kurma )
- ½ sudu kecil serbuk jintan putih – option
- Rempah 4 sekawan
- 1 bungkus sup bunjut
- Serbuk perasa – jika suka
- Kacang tanah, kacang kuda – rendam semalaman
- Daun sup/saderi – potong halus
- Kentang – potong dadu
- Carrot – potong dadu
- Bawang goreng
- Air secukupnya (10 -12 cawan)
- Garam
- Gula
Bahan hiris
- 3 ulas bawang putih
- ½ inci halia
- ½ labu bawang besar
Bahan kisar
- 1 labu bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
Cara Penyediaan:
- Mama panaskan sedikit minyak, tumiskan rempah 4 sekawan,.
- Kemudian masukkan bahan hiris, tumis seketika baru masukkan bahan kisar
- Mama tumis hingga sedikit garing dan naik bau.
- Bancuh perencah soto atau sup dengan ½ cawan air, masukkan dalam tumisan Mama tadi, tumis sekejap.
- Seterusnya masukkan daging ayam, lada hitam, lada putih, sup bunjut dan sedikit air.
- Kacau sekejap, Mama masukkan beras, kekacang, air secukupnya, garam,gula dan perasa. Biar ia sehingga mendidih.
- Apabila beras hampir kembang, masukkan kentang dan carrot.
- Selepas kentang, carrot dan kacang menjadi lembut, masukkan santan dan tambahan air jika nampak terlalu pekat.
- Perasakan dengan garam secukupnya.
- Bila dah masak, Mama tabur bawang goreng dan daun sup atau saderi.
- Sedia dihidangkan panas bersama telur dadar halus, atau dengan serunding juga boleh.
Nota: Keluarkan set rempah 4 sekawan dan sup bunjut dari bubur.
Resepi: Idaddapur
Sempena bulan Muharram ni bolehlah Mama cuba membuat resepi Bubur Asyura ni, boleh agihkan kepada jiran-jiran sebelah rumah. Selamat mencuba mama!
Mama nak cuba buat daging jeruk homemade? Klik di SINI.