KelabMama

Penambah Rasa! Resepi Begedil Daging Walau Ringkas, Tetap Punya Aura Yang Memikat Rasa

resepi begedil daging dengan sambal kicap

Resepi begedil daging merupakan menu yang wajib dicuba apatah lagi jika Mama ingin makan soto mahu pun bihun sup, pasti rasanya akan lebih terangkat. Selain dimakan bersama dengan soto dan bihun sup, Mama juga boleh mencicahnya dengan sambal kicap yang padu untuk melengkapkan tekak Melayu kita.

Cara untuk membuatnya juga sangat mudah serta tidak rumit dan yang paling best sekali, resepi begedil daging ini boleh juga dibuat secara sejuk beku dan dimasak pada bila-bila masa sahaja yang Mama mahu. Paling penting kalau ada tetamu yang tiba-tiba datang berkunjung ke rumah, Mama dah tak perlu risau lagi nak jamu apa!

Jom kami tunjukkan cara untuk buat resepi begedil daging yang sangat sedap dan menyelerakan ini! Mama Siti siap kongsikan dalam dua versi lagi tau.

Resepi Begedil Daging Versi I & II

Kredit gambar: resepichenom.com

Resepi Begedil Daging Versi I

Bahan-bahan

Cara -cara

#1. Mula-mula kupas dan potong kentang, kemudian rebus kentang bersama sedikit garam sehingga empuk. Angkat, tos dan lenyekkan.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Seterusnya tumbuk bawang besar, bawang putih sehingga hampir lumat.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#3. Tumis bahan yang ditumbuk sampai perang, masukkan daging burger dan leraikan daging dengan senduk. Masak sehingga daging garing.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#4. Kemudian masukkan bahan tadi ke dalam kentang lenyek, taburkan daun sup, bawang goreng, lada sulah, lada hitam, serbuk perasa. Gaul sebati.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#5. Masukkan adunan ke dalam tauhu pok.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#6. Pecahkan dua biji telur, masukkan satu sudu tepung jagung, garam dan celup tauhu sebelum menggoreng. Kemudian, gorengkan dalam minyak yang panas.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Resepi Sambal Kicap Pekat

Bahan-bahan

Cara-cara

#1. Kisar semua bahan kemudian masak sehingga ia menjadi pekat. Siap untuk dihidang dan dinikmati bersama tauhu begedil.

Resepi Begedil Daging Versi II

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Bahan-bahan

Cara-cara

#1. Buangkan kulit kentang, cuci dan rebus kentang sehingga empuk. Angkat, toskan airnya dan lenyet kentang tersebut.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Masak isi ayam sehingga kering. Kemudian campurkan dengan kentang, daun bawang, daun sup, serbuk lada putih, dan garam. Gaul sehingga sebati.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#3. Seterusnya gunting tauhu di bahagian atas. Keluarkan isinya dan campurkan bersama adunan tadi.

#4. Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam tauhu yang telah dipotong tersebut.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#5. Bancuh telur dan masukkan garam secukupnya kemudian celup tauhu tadi sebelum menggoreng.

Resepi Sos Pencicah

Bahan-bahan

Cara-cara

#1. Semua bahan dikisar dan direneh menjadi sedikit pekat mengikut citarasa masing-masing.

Menu yang kami kongsikan ini sangat mudah dan senang untuk disediakan dan yang pastinya ia akan digemari oleh anak-anak Mama. Mama Siti juga sangat berharap yang Mama akan gembira dengan hasilnya nanti!


Mama juga boleh cuba pelbagai lagi resepi masakan menarik yang lain dengan klik di SINI!