Pemakanan yang tepat boleh membantu untuk merangsang pengeluaran susu Mama secara semula jadi. Menyusukan bayi memerlukan komitmen yang tinggi, dan memastikan pengeluaran susu badan yang mencukupi adalah penting bagi kesejahteraan bayi.
Sempena Breastfeeding Month, Mama Siti akan berkongsi beberapa resepi banyakkan susu badan yang berkhasiat dan sedap untuk Mama.
5 Resepi Banyakkan Susu Badan
1. Kaeng Liang (Udang dan Sup Sayur)
Kaeng Liang ni sebenarnya salah satu resepi dari negara jiran, iaitu Thailand tau. Berdasarkan kajian Mama Siti, kebanyakan Mama dari sana akan jadikan menu ini dalam sajian mereka kerana ia merupakan salah satu resepi banyakkan susu badan yang berkesan.
Bahan-bahan:
- 2 cawan labu kabocha – potong dadu kecil
- Separuh batang petola
- Separuh labu-labu (chayote squash)
- Separuh zukini – belah tengah
- 150 gram cendawan tiram
- 8-10 tongkol baby corn
- 3 cawan stok ayam atau udang – tanpa garam
- 2 sudu besar sos ikan
- 150 gram udang atau ayam (cincang)
- 1 cawan thai basil/thai lemon basil
Bahan untuk pes kari
- 1 ½ sudu besar udang kering
- ½ – 3⁄4 sudu kecil lada putih
- Cili thai – pilihan
- 2 sudu besar fingeroot – cincang
- 1/4 cawan bawang merah – hiris kasar
- ½ sudu kecil pes udang – ditapai
Cara Penyediaan Pes Kari:
- Kisarkan udang kering sehingga halus. Ketepikan
- Dengan menggunakan lesung batu, Mama masukkan lada putih dan lumatkan. Masukkan cili thai, tumbuk kasar. Masukkan fingeroot dan Mama tumbuk sekali lagi.
- Masukkan bawang merah, tumbuk. Tambahkan sedikit udang kering kisar dan tumbuk.
- Selepas semua lumat, Mama masukkan kesemua udang kering dan pes udang. Ketepikan.
Cara Penyediaan Sup:
- Masukkan stok ayam atau udang, pes kari dan kacau sehingga mendidih.
- Setelah kuah mendidih, Mama tambahkan sos ikan.
- Masukkan kabocha, biarkan selama 2 minit.
- Kemudian, Mama masukkan kesemua sayur dan biarkan ianya sehingga empuk.
- Setelah beberapa minit mendidik, Mama boleh check kabocha Mama sudah atau belum dengan mencucuk garfu.
- Mama masukkan udang dan masaknya selama 30 saat.
- Tutupkan api. Masukkan thai basil. Kacau sekejap.
- Dan siap untuk dihidang bersama nasi panas.
Nota: Mama boleh gantikan fingerroot kepada halia sekiranya tiada.
Resepi: Pailin’s Kitchen
2. Sayur Kucai Goreng
Bahan-bahan:
- Daun kucai – hiris pendek
- Bawang putih
- Bawang Besar
- Ikan bilis
- Lada hitam
- Carrot
- Garam
- Secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Tumiskan bawang putih, merah dan ikan bilis sampai garing.
- Kemudian, Mama masukkan sedikit lada hitam.
- Kacau dan tambahkan air.
- Masukkan daun kucai, carrot dan garam.
Resepi: pak man
3. Sup Betik dengan Ayam
Bahan-bahan:
- Betik setengah masak
- Kurma cina – hiris tengah
- Goji berries
- Serbuk pati ayam
- Gula
- Garam
Cara Penyedian:
- Rebuskan ayam sekejap untuk buang buih. Toskan.
- Kemudian, dalam periuk sederhana, Mama didihkan air seketika, masukkan ayam, kurma cina, goji berries, serbuk pati ayam, garam dan gula secukup rasa. Kacaukan.
- Akhirkan sekali Mama masukkan buah betik dan reneh sehingga ayam empuk mengikut kesukaan Mama.
Nota: Mama boleh tambahkan lobak merah dalam sup.
Resepi: mimie_homecooking
4. Sup Lobak Putih
Bahan-bahan:
- ½ lobak putih
- 1 biji bawang merah
- 1 biji cili merah
- Lada hitam
- Daun sup dan bawang
Cara Penyediaan:
- Mula-mula Mama celurkan dulu lobak putih.
- Kemudian, selepas minyak panas, Mama tumiskan bawang dan cili merah.
- Masukkan air dalam sukatan yang Mama suka dan lada hitam.
- Akhir sekali, Mama masukkan lobak dicelur tadi bersama dengan daun sup dan bawang.
Nota: Mama nak tambahkan protein pun boleh seperti ayam.
Resepi: acikrara
5. Nasi Goreng Halia
Bahan-bahan:
- Nasi putih masak
- Minyak bijan
- Bawang putih
- Halia
- Sos soya
- Telur
- Garam – pilihan
Cara Penyediaan:
- Dalam kuali besar di atas api sederhana, panaskan minyak bijan.
- Kemudian masukkan bawang putih dan halia ke dalam kuali. Tumis selama 3-5 minit.
- Masak sehingga bawang putih dan halia berwarna perang keemasan muda.
- Masukkan beras yang telah dimasak dan tumis selama 5-10 minit sehingga nasi panas dan sekata dengan bawang putih dan halia.
- Tumis nasi lebih kurang 10 minit kalau Mama suka nasi garing sikit.
- Tolak nasi ke tepi kuali untuk membentuk bulatan kosong di tengah kuali.
- Mama pecahkan telur tengah-tengah kuali. Kacau telur dahulu, kemudian tumis untuk mencampurkan telur hancur dengan nasi.
- Tuangkan kicap dan garam. Gaul rata.
Nota: Mama boleh masukkan ayam atau udang dan gunakan apa sahaja sayur Mama suka.
Resepi: Story Motherhood
Memastikan pengeluaran susu badan yang mencukupi adalah penting juga bagi kesejahteraan Mama dan bayi. Dengan mengamalkan makanan yang kaya dengan nutrien dan galactagogues, penyusuan Mama dapat meningkatkan pengeluaran susu secara semula jadi.
Makanan yang berkhasiat bukan sahaja membantu dalam pengeluaran susu tetapi juga memberikan tenaga dan kesihatan yang baik kepada Mama.
Selamat mencuba resepi-resepi ini dan semoga perjalanan menyusukan bayi Mama menjadi lebih lancar dan memuaskan!
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Dapatkan tips yang menarik tentang penyusuan bayi di SINI.