Mama Siti suka tonton vlog ‘a day in my life’ dari pembuat kandungan Indonesia. Kalau ada bahagian masak-memasak, sampai terliur dibuatnya.
Jadi, Mama Siti terus mencari-cari resepi ayam ungkep di internet lepas tengok rancangan itu. Akhirnya Mama Siti jumpa resepi dari Norhidah Alias Rosman Amar.
Keistimewaan ayam ungkep ialah ia merupakan masakan tradisi orang jawa. Kedua, rasanya ada persamaan dengan masakan nusantara seperti rendang dan lauk nasi padang.
Mari kita tengok apa bahan yang diperlukan dan cara menyediakan resepi ayam ungkep kali ini.
Resepi Ayam Ungkep
Resepi oleh: Norhidah Alias Rosman Amar
Bahan Utama
- Ayam
Bahan-Bahan
- Bawang Besar
- Bawang Putih
- Cili Padi
- Halia
- Kunyit
- Biji Ketumbar
- Jintan Manis
- Jintan Putih
Bahan-Bahan Tambahan
- Serai (Dititik)
- Asam Keping
- Garam
- Gula
Cara-Cara
1. Potong bahan-bahan ke bahagian kecil dan kisar hingga lumat.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi. Kemudian, masukkan serai.
3. Apabila tumisan menjadi agak kering, masukkan ayam, asam keping dan perasakan dengan gula dan garam.
4. Seterusnya, masukkan sedikit air dan tutup kan kuali atau periuk. Guna api sederhana atau perlahan ya.
5. Tunggu sehingga ayam mereneh.
6. Lauk ayam ungkep kita dah sedia untuk dihidangkan.
Tips Memasak Resepi Ini
- Ayam ungkep lebih sedap kalau menggunakan bahan yang segar seperti ayam segar dan serai yang baru dipetik.
Kalau Mama suka dengan resepi ayam ungkep ini, jangan lupa cuba di rumah ya. Kita sama-sama tambahkan ayam ungkep sebagai koleksi masakan nusantara hasil tangan sendiri.
“Mama Siti ada lagi tak resepi lain yang boleh kami cuba? “
Ada, mestilah ada. Mama Siti cadangkan Mama cuba resepi ikan patin tempoyak. Mudah sangat nak sediakan. Mama yang pertama kali pun boleh buat.
Jangan lupa cuba resepi kita kali ini ya. Resepi Ayam Ungkep, Tradisi Orang Jawa.
Mama juga boleh cuba pelbagai resepi lain dengan klik SINI!