KelabMama

Resepi Ayam Percik Kelantan Kuah Putih. Rasa Original Pantai Timur. Mudah, Enak, Ringkas

Resepi kali ini kita pergi jauh ke pantai timur. Negeri Che Siti Wan Kembang ada resepi tersendiri dalam menyediakan ayam percik.

Kalau Mama berasal dari Selangor atau Kuala Lumpur, ayam percik yang biasa kita jumpa dibakar dengan sos berwarna merah kan? 

Lain kisahnya di negeri Kelantan. Resepi ayam percik Kelantan mempunyai keunikan dari segi sos atau kuahnya. 

Ayam percik Kelantan menggunakan santan dalam proses pembikinan sos. Selain itu, ia juga tidak menggunakan cili merah dalam kuantiti yang banyak.

Jom kita tengok apa yang diperlukan untuk menyediakan ayam percik dari negeri Darul Naim ini. 

Resepi Ayam Percik Kelantan

Kredit gambar: Resepi Paling Sedap

Resepi oleh: Dari Dapur Cikna

Bahan-Bahan Utama

Bahan-Bahan Perapan

Bahan-Bahan Kuah

Cara-Cara

1. Cuci bersih ayam yang telah dipotong 4 bahagian.

2. Kisar atau tumbuk bahan-bahan perapan dan lumurkan keseluruh bahagian ayam.

3. Kukus ayam yang telah diperap selam 5 hingga 10 minit.

4. Untuk kuah percik pula, kisarkan bawang merah, halia dan bawang putih hingga halus.

5. Selepas itu, tumiskan bahan-bahan kisaran hingga garing. Kacaukan tumisan sekali-sekala supaya tidak hangit.
6. Tambahkan cili merah kisar, air dan gula Melaka. Tutup periuk dan tunggu hingga tumisan mereneh.

7. Tiba masanya untuk masukkan santan, asam keping dan serai yang diketuk.

8. Perasakan dengan penyedap rasa, gula dan garam dan tunggu hingga kuah mendidih.

9. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

10. Bakar ayam hingga masak sambil dilumurkan dengan kuah percik.

11. Ayam percik Kelantan siap untuk dihidangkan!

Tips Memasak Resepi Ayam Percik Kelantan

“Banyak nya langkah-langkah nak ikut ni Mama! Macam susah saja? “

Mama jangan risau sebab resepi ini boleh diolah mengikut keinginan diri sendiri. Contohnya kalau tidak mahu mengukus, Mama boleh skip sahaja langkah ini. 

Nanti, semasa memanggang, pastikan Mama masak dengan api kecil. Tujuannya supaya ayam tidak cepat hangus dan masak secara keseluruhan. Selamat mencuba dan semoga berjaya. 


Jom cuba pelbagai resepi lain seperti yang telah dikongsikan DI SINI.