Resepi ayam penyet dan sambal merupakan makanan yang berasal dari Indonesia dan kini menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Ia yang juga dikenali dengan sebutan ayam geprek sangat sesuai dijadikan hidangan utama kerana boleh dihidang lengkap bersama nasi dan ulam-ulaman.
Selain itu menu ini juga sangat sesuai dijadikan sajian untuk majlis keraian atau pun perayaan. Ini kerana ayamnya boleh disimpan dan hanya dimasak ketika perlu sahaja.
Dengan cara tersebut kita dapat menjimatkan masa, tenaga dan juga kos. Bagi Mama yang ingin mencuba resepi ini bolehlah ikuti langkah demi langkah yang telah Mama Siti kongsikan di bawah ini.
Resepi Ayam Penyet
Bahan-bahan untuk Ayam Penyet:
- 1 ekor ayam
- 4 biji bawang merah
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 batang serai
- 3 helai daun salam
- Air
- Minyak
Bahan Salut Ayam:
- 1 cawan tepung beras
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu the jintan manis
- 1 sudu the serbuk kunyit
- Garam
- 1 ketul kiub pati ayam
- 1 sudu teh lada hitam
- Air
Cara-cara masak:
1. Mula-mula kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit sehingga halus.
Tumiskan ia bersama serai dan daun salam di dalam minyak yang panas. Setelah naik bau, masukkan ayam dan tuang air sehingga tenggelam ayam tersebut.
2. Masukkkan kiub pati ayam dan garam secukupnya. Apabila ayam sudah masak sepenuhnya, angkat dan toskan ia.
3. Bagi menyediakan adunan tepung, campurkan kesemua bahan dan kacau biar sebati. Masukkan air dan kacau sehingga teksturnya menjadi seakan santan pekat.
4. Ambil ayam dan celupkan ia ke dalam adunan tersebut dan goreng sehingga garing. Angkat dan lenyet menggunakan lesung batu.
Bahan-bahan untuk sambal:
- 50gm ikan bilis
- 1 biji bawang besar
- 10 tangkai cili padi
- 10 tangkai cili merah
- 3 biji tomato
- 1 incib belacan (bakar)
- 1 sudu kecil gula
- Garam
- 1 biji limau nipis
- Gula melaka
Cara-cara masak:
1. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Kemudian goreng pula bawang merah sehingga layu.
Seterusnya masukkan cili padi dan cili merah yang telah dipatah-patah dan juga tomato yang dipotong menjadi empat. Apabila tomato sudah layu angkat dan tos seketika. Biarkan ia sejuk seketika.
2. Selepas itu, masukkan kesemua bahan yang telah digoreng tadi ke dalam pengisar dan kisar ia sehingga hampir lumat.
3. Tuang semula bahan yang telah dikisar ke dalam kuali tadi.
4. Campurkan gula, garam dan perahan limau nipis secukup rasa. Masukkan gula melaka dan masak sehingga pecah minyak. Siap!
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada Mama dalam mempelbagaikan menu harian untuk keluarga tersayang.
Untuk dapatkan lebih banyak resepi untuk dicuba, boleh klik SINI.