Kalau dah namanya masakan Thailand, kita dah boleh jangka rasanya macam mana kan?
Yang pasti mesti ada rasa masam-masam pedas. Orang kata itulah keunikkan rasa makanan dari negeri Gajah Putih.
Kali ini, sesuai dengan tajuk, kita akan masak ayam masak thai. Cuba Mama bayangkan aroma dan rasa dari serai, limau purut dan cili digabungkan bersama. Wah, mesti sedap kan.
Tak tunggu lama, jom kita mulakan.
Resepi Ayam Masak Thai
Resepi oleh: Norhayati Basri
Bahan-Bahan
- Ayam
- Bawang Merah
- Bawang Putih
- Cili Api
- Bawang Holland
- Sos Ikan
- Sos Tiram
- Daun Limau Purut
- Serai
- Sayuran (tomato, cendawan, bunga kobis, lobak merah)
Cara-Cara Resepi Ayam Masak Thai
1. Cuci bersih ayam dan goreng hingga separuh masak, kemudian toskan.
2. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili api.
3. Sediakan minyak panas untuk menumis.
4. Tumiskan serai yang diketuk hingga naik bau.
5. Selepas itu, tumiskan bahan kisaran dan daun limau purut hingga garing.
6. Tibalah masa untuk kita perasakan dengan sos cili, sos tiram, sos ikan, limau purut dan sedikit air.
7. Seterusnya, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sekata.
8. Sayuran ditambahkan di bahagian terakhir untuk mengekalkan kesegaran dan kerangupannya.
9. Perasakan dengan garam dan gula dan taburkan bawang Holland sebagai hiasan.
10. Ayam masak thai kita siap untuk dihidangkan.
Ayam masak Thai kita telah pun siap. Macam mana Mama? Ada rasa seperti masakan di restoran Thailand tak?
Mama Siti tak sabar nak cuba resepi ni. Agak-agaknya anak-anak dan suami suka atau tidak. Risau juga. Tapi Mama Siti yakin, kalau masak dengan ikhlas dan dari hati akan menjadi.
Lauk lain yang Mama Siti suka sangat makan ialah resepi kerabu sotong. Wah, lengkap tema hidangan Thailand kita ni kan.
Jom makan kita cuba resepi-resepi ini. Harapnya, bila makan tu tambah nasi berpinggan-pinggan lah ya.
Jom cuba pelbagai resepi lain seperti yang telah dikongsikan DI SINI.