Resepi kali ini istimewa sikit tau Mama. Sebabnya kita ‘import’ dari Negeri Sembilan. Lagi pula, resepi ayam masak lemak cili api yang Mama Siti sebagai panduan untuk Mama ni telah dikongsikan oleh seorang rakyat Malaysia yang berada di luar negara ketika itu.
Keistimewaan resepi ayam masak lemak cili api ini ialah, ia tidak menggunakan apa-apa jenis bawang, termasuklah bawang merah mahupun bawang putih. Senang cakap, ni resepi asli dari orang minang sendiri tau! Barulah kawww.
Kalau Mama pun nak rasa yang serupa, baik jangan derhaka dengan resepi ni!
Sebenarnya resepi macam yang Puan Anith Natasha kita kongsikan inilah yang Mama Siti idam-idamkan. Bukan apa, bahannya tak perlu banyak, cara masaknya pula senang sangat.
Ada penjimatan masa dan kewangan disitu. Jomlah, apa tunggu lagi kan. Dibawah ini lah cara memasak Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Ala Negeri Sembilan Yang Ori!
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Ori
Resepi oleh: Anith Natasha
Bahan Utama
- Ayam
- Santan
Bahan Untuk Dikisar/Ditumbuk
- Cili Padi
- Kunyit Hidup
Bahan Tambahan
- Serai (diketuk)
- Asam Keping
- Pes Asam Jawa (pilihan)
Cara Memasak
1. Potong ayam kepada bahagian kecil dan cuci bersih bahagian-bahagian ayam tersebut.
2. Siapkan bahan-bahan kisaran ataupun Mama boleh tumbuk dengan lesung batu kalau nak hasil tumbukan yang lebih kasar.
3. Sediakan periuk lalu masukkan bahan utama, bahan kisaran dan bahan tambahan kesemuanya sekali.
4. Masak dengan api perlahan hingga mereneh dan pastikan jangan sampai pecah minyak ya.
5. Seterusnya barulah kita masukkan bahan perasa seperti garam dan gula.
6. Ayam Masak Lemak Ala Negeri Sembilan kita dah siap!
Tips Memasak Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api
- Jika menggunakan santan segar, masukkan santan yang cair terlebih dahulu. Selepas masakan telah mereneh, barulah masukkan santan yang pekat.
- Untuk pastikan masakan tak pecah minyak, Mama perlu kacaukan santan dengan kerap kerana kita tidak mahu kuah menjadi berketul-ketul nanti.
- Tak ada asam keping, tak jadi masalah pun sebenarnya. Mama boleh gantikan dengan pes asam jawa juga tau.
Senangnya nak buat ayam masak lemak cili api ni. Harap-harap rasanya pun menjadi lah kan macam orang nogori masak.
Mama Siti dah cuba sekali masak resepi ini. Lepas ni nak masak lauk yang sama buat jiran-jiran. Mama doakan masakan kali kedua ini rasanya sama macam sebelum ni ya.
Oh ya, ada satu lagi resepi yang Mama Siti rasa perlu kongsikan dengan Mama semua. Kenapa Mama Siti cakap macam tu? Sebabnya resepi lauk kampung ni dekat betul dengan diri Mama Siti.
Ya lah, kan Mama Siti asal dari kampung, jadi susah nak lari dari makanan sedap-sedap ni. Mama jangan lupa cuba ya resepi kita kali ini.
Jom cuba pelbagai resepi lain seperti yang telah dikongsikan DI SINI.