Nak buat ayam masak halia macam dekat kedai makanan segera tapi tak tahu caranya? Mari Mama Siti kongsikan resepi ayam masak halia yang mudah dan ringkas. Campak-campak pun jadi.
Ayam masak halia ini sebenarnya masakkan orang Cina. Bahan utamanya ayam kemudian kita tambahkan beberapa jenis sayur seperti cendawan dan sawi.
Lauk ayam masak halia ialah antara makanan sihat yang patut kita semua cuba. Mama Siti berkenan sungguh dengan perkongsian Nurhaslin Ealin melalui laman facebook beliau tentang resepi ayam masak halia.
Resepi Ayam Masak Halia
Resepi oleh: Nurhaslin Ealin
Bahan-Bahan
- Ayam
- Bawang Putih
- Bawang Holland
- Bawang Merah
- Halia (Diracik)
- Cili Kering (Dipotong)
- Cendawan
- Sawi
- Bancuhan Tepung Jagung
Cara Memasak
- Sediakan kuali, dan panaskan api dengan sedikit minyak untuk menumis. Kemudian, tumis bawang putih hingga keperangan.
2. Seterusnya, masukkan bawang, halia dan cili kering dan goreng hingga naik bau.
3. Selanjutnya, barulah kita masukkan ayam yang telah dipotong dan tambahkan sedikit air.
4. Jangan lupa masukkan sedikit serbuk lada hitam.
5. Biarkan sehingga ayam masak sempurna. Tambahkan air jika terlalu kering.
6. Masukkan sedikit sos tiram dan perasakan dengan garam dan gula.
7. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah ayam masak halia.
8. Sayur cendawan dan sawi dimasukkan akhir sekali kerana tidak mahu menjadi terlalu layu.
9. Ayam Masak Halia siap untuk dihidangkan dan makan dengan nasi panas-panas.
Tips Memasak Resepi Ini
- Untuk hiasan dan rasa tambahan, Mama boleh letakkan daun bawang ketika ayam masak halia telah diceduk ke dalam pinggan.
- Resepi ayam masak halia sebenarnya tak pedas tetapi jika Mama nak olah supaya ada rasa sedikit pedas, tambahkan cili kering atau serbuk lada hitam.
- Taburkan bijan untuk hiasan yang lebih cantik,
Akhirnya, jadi juga percubaan ayam masak halia kita. Agak-agak rasa macam dekat restoran tak?
Nasib baik ada resepi dari Nurhaslin Ealin. Resepinya ringkas kerana bahan-bahannya tak banyak dan cara memasaknya pun ditunjukkan satu persatu beserta gambarnya sekali.
Kalau dah menjadi ayam masak halia ini, apa kata kita cuba resepi masakan cina yang lain pula. Contohnya, resepi kailan ikan masin. Antara lauk kegemaran Mama Siti juga tau.
Kedua-dua resepi ini tak perlukan kita berada lama di dapur pun. Orang kata ‘masakan campak-campak’. Mama jangan lupa cuba ya.
Jom cuba pelbagai resepi lain seperti yang telah dikongsikan DI SINI.