Mama nak belajar masak ayam masak bali kan?
Memang tepat sekali carian Mama di portal Kelab Mama ini. Sebabnya, Mama Siti ada resepi paling mudah dan ringkas tapi rasa dia tak kalah dengan resepi lengkap.
Paling penting perlu sediakan serai dan daun kari. Bahan yang lain kita boleh mix and match kan dengan bahan lain. Contohnya gula nisan digantikan dengan gula putih.
Jom kita lihat apa lagi yang diperlukan untuk resepi ayam masak bali dari Puan Izzati Insyirah Rosli melalui laman facebook yang pernah mendapat 18 ribu perkongsian suatu masa dahulu. Mesti sedap kan.
Resepi Ayam Masak Bali
Resepi oleh: Izzati Insyirah Rosli
Bahan-Bahan Utama
- Ayam
- Serbuk kunyit
Bahan-Bahan Kisar
- Cili Kering
- Bawang Besar
- Halia
- Belacan
- Bawang Putih
Bahan-Bahan Tambahan
- Serai (Dititik)
- Daun Kari
- Kicap
- Gula
- Garam
Cara Memasak
1. Cuci bersih ayam dan lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian, goreng ayam separuh masak.
2. Dengan menggunakan minyak gorengan ayam tadi, masukkan serai hingga sedikit kekuningan.
3. Selepas itu, terus sahaja masukkan daun kari dan gorengkan bersama-sama hingga naik bau.
4. Seterusnya, kita tuangkan bahan-bahan kisar dan biarkan hingga garing.
5. Barulah kita masukkan kicap dan perasakan dengan garam dan gula.
6. Ingat tak ayam separuh masak yang kita goreng awal tadi. Sekarang tuangkan ke dalam kuali dan gaulkan sekata.
7. Ayam masak bali dah siap untuk dihidangkan.
Tips Menyediakan Resepi Ayam Masak Bali
- Kalau nak rasa yang lebih enak, gantikan manis gula dengan gula nisan ataupun gula kabung.
- Apabila sambal pecah minyak, maksudnya sambal telah masak sepenuhnya.
Sekarang Mama dah tahu macam mana nak masak ayam masak bali kan. Mama Siti perasan masakkan ayam masak bali ini memerlukan serai dan daun kari.
Jadi kalau Mama balik kampung nanti, ada tanaman serai dan daun kari. Bawa bekalan banyak-banyak supaya senang kita nak masak ayam masak bali bila-bila masa sahaja.
Bila dah ada banyak stok daun kari tu, boleh lah kita cuba resepi kari sotong pula. Istimewanya resepi ini ialah cara masakannya yang ala-ala restoran mamak.
Jom cuba pelbagai resepi lain seperti yang telah dikongsikanĀ DI SINI.