Ayam goreng pedas Korea bukan lagi menu makanan yang baru di Malaysia. Sekarang kita dapat lihat restoran makanan dari negara tersebut semakin banyak dibuka. Bak kata pepatah seperti cendawan selepas hujan.
Sebutan asal ayam goreng pedas ini ialah Yangnyeom Chicken. Asalnya menu ayam korea ini diperkenalkan kerana seorang chef mendapati ada pelanggannya yang susah makan ayam goreng rangup yang dijual di kedainya.
Oleh itu, chef tersebut atau namanya Yang Hee Kwon mengolah resepi sehingga menjadi satu menu yang digemari orang ramai.
Keunikan resepi ini ialah sos nya mempunyai gabungan rasa manis dan pedas. Dari segi persembahannya pula, ia selalu ditaburkan dengan bijan yang menaikkan lagi aroma dan rasa menu kita pada hari ini.
Ayuh, apa tunggu lagi. Mama Siti pun dah tak sabar nak berkongsi resepi.
Resepi Ayam Korea
Bahan-Bahan
- Ayam
- Tepung Campuran Perisa Pedas
- Minyak
Bahan-Bahan Sos Pedas (Dikisar)
- Bawang Putih
- Cili Kisar
- Sos Cili/ Sos Tomato
- Cili Api
Bahan-Bahan Sos Pedas
- Gula
- Serbuk Cili
- Madu
- Bijan
Cara-Cara Masak Ayam Korea
- Sediakan ayam yang telah dicuci bersih. Gaulkan dengan tepung campuran.
- Selepas itu, celup ayam dalam air dan gaulkan semula dengan tepung tadi. Tujuannya adalah untuk membuatkan ayam menjadi lebih rangup.
3. Gorengkan ayam dan pastikan minyak mencukupi hingga ayam tenggelam sepenuhnya dalam minyak panas.
4. Tuangkan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar. Tambahkan juga sedikit serbuk cili semasa menumis.
5. Apabila bau cili mulai dapat dihidu, masukkan pula gula dan madu mengikut citarasa. Rasanya akan menjadi pedas dan manis.
6. Tunggu sehingga sos sejuk dan barulah kita gaulkan dengan ayam yang telah digoreng sebelum ini.
Tips Memasak Resepi Ayam Korea
- Tidak perlu kacaukan ayam yang sedang digoreng. Setelah dimasukkan dalam minyak panas, biarkan sahaja ia digoreng. Tujuannya agar tepung terus melekat pada ayam.
- Ketika menumis, sentiasa kacaukan tumisan agar tidak hangus. Tambahan pula, tidak perlu menumis hingga pecah minyak.
Jadi macam mana? Mama dah ada keyakinan nak cuba resepi ayam goreng Korea ni?
Kalau buat perlahan-lahan, insyaAllah menjadi. Apa yang paling Mama Siti suka dalam resepi ini ialah penggunaan madu.
Ya, Mama memang seorang yang sukakan rasa manis dan pedas. Jadi, ayam Korea ni memang kena dengan tekak Mama Siti.
Harapnya ada antara Mama yang berkongsi rasa yang sama dengan Mama Siti lah, barulah geng. Ayuh masak ayam goreng KFC pula!
Jom cuba pelbagai resepi lain seperti yang telah dikongsikan DI SINI.