Resepi yang semakin menjadi kesukaan ramai, ini cara mudah dan step-by-step untuk menyediakan Resepi Ayam Goreng Mentega. Mama Siti dah cuba dan menu ni dah menjadi menu baru kegemaran anak-anak.
Kita yang masak pun seronok sangat tengok anak-anak habiskan sampai menjilat jari! Jom kita tengok resepi ni!
Resepi Ayam Goreng Mentega
Bahan-bahan
- 40g butter
- 6 ketul ayam
- 1 sudu besar bawang holland kisar
- 1 sudu besar bawang putih kisar
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
- 3 sudu besar kicap manis
- Bawang holland (dihiris kasar)
- Daun bawang / Daun sup (dihiris kasar)
Cara-cara
- Panaskan butter. Masukkan ayam. Goreng sehingga ayam masak.
- Masukkan bawang holland kisar & bawang putih kisar. Masak sehingga bawang betul-betul garing.
- Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis. Kacau sebati.
- Last sekali boleh taburkan hirisan bawang holland & daun sup. Nak guna daun bawang pun boleh. Tapi kalau suka daun sup, letak daun sup. Ikut selera Mama.
- Siap. Mudah dan pantas. Semestinya sedap!
Kredit: Didapuryana
Jom kita tengok pula khasiat mentega ni, dan apa beza marjerin dan mentega sebenarnya. Teruskan membaca!
Khasiat Mentega Dalam Resepi Ayam Goreng Mentega
Mentega mempunyai kalori yang tinggi sebab ia membekalkan tenaga dan juga mengandungi nutrien penting seperti vitamin A, E, K dan B12. Mentega membantu pertumbuhan fizikal kerana ia mengandungi protein yang menguatkan otot badan.
Mentega yang diperbuat daripada susu lembu yang makan rumput sahaja mempunyai asid lemak omega-3 dan omega-6 yang membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak.
Ia juga mempunyai kalsium, yang penting untuk kekuatan tulang. Kalsium juga membantu mencegah penyakit seperti osteoporosis, keadaan yang menjadikan tulang lemah dan rapuh. Ia boleh membantu menjadikan kulit Mama lebih sihat.
Mentega ini disyorkan untuk diambil secara sederhana sahaja seperti 1-2 sudu dalam sehari. Ia perlu diambil juga dengan lemak sihat lain seperti minyak zaitun, kacang, dan bijian.
Marjerin VS Mentega
Hidup bertahun-tahun pun kadang-kadang taktahu apa beza merjerin dan mentega! Macam Mama Siti lah.
Beza marjerin dengan mentega ni adalah, marjerin ni campuran minyak yang kebanyakannya adalah lemak tak tepu. Mentega pula diperbuat daripada krim atau susu.
Jenis lemak yang terdapat dalam produk haiwan, seperti krim, kebanyakannya adalah lemak tepu.
Kalau Mama nak lebih sihat gantikan lemak tepu dengan lemak tak tepu boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Sekarang Mama pun dah tahu kan, moga-moga dapat la ilmu resepi baru serba sikit dari Mama Siti ni. Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak resepi makan tengah hari di SINI!