‘Kriuk, Kriuk, Kriuk’
Bunyi yang selalu kita dengar di iklan-iklan ayam goreng. Bunyi kerangupannya pun dah menggiurkan, apatah lagi rasanya.
Kulit ayam yang rangup, isinya yang lembut. Tambahan pula, rasanya yang lengkap dengan rempah ratus.
Jadi, kali ini Mama Siti bawakan khas kepada Mama resepi ayam goreng ala KFC daripada Che Nom. Istimewanya resepi dari beliau ialah langkah penyediaannya diajarkan satu persatu. Selain itu, Che Nom selalu berkongsi tips tambahan agar resepi yang dikongsikan menjadi sama macam beliau hasilkan.
Ayuh, tanpa membuang masa. Mama Siti kongsikan resepi ayam goreng KFC oleh Che Nom.
Resepi Ayam Goreng KFC
Resepi oleh: Che Nom
Bahan Utama
- Ayam
Bahan-Bahan Perapan
- 1 ekor ayam
- 2 ulas bawang putih
- ½ inci halia
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- ½ sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil serbuk kari
- 1 sudu kecil serbuk paprika
- ½ sudu besar serbuk perasa
- ½ sudu kecil garam
- ½ sudu kecil serbuk lada putih
- ½ cawan air
Bahan-Bahan Salutan
- 3 ½ cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung jagung
- 1 sudu besar serbuk kari
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu kecil garam halus
- 1 sudu besar serbuk perasa
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
Cara Perapan
- Perapkan ayam terlebih dahulu. Caranya adalah dengan parutkan bawang putih dan bawang putih.
- Seterusnya, masukkan serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, serbuk kari daging, serbuk lada sulah, serbuk lada putih dan serbuk cili.
- Kemudian, masukkan sedikit gula dan garam untuk memberikan rasa kepada ayam serta bertujuan untuk melembutkan isi ayam.
- Akhir sekali masukkan sedikit air. Tujuannya supaya semua bahan dapat disalut sempurna dan membantu melembabkan ayam ketika menggoreng.
Cara Salutan Ayam
- Letakkan tepung gandum dalam bekas beserta sedikit tepung jagung.
- Kemudian, tambah serbuk kari, serbuk cili, garam, serbuk perasa, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, serbuk ketumbar dan serbuk soda bikarbonat.
- Selepas itu, kacaukan hingga semuanya tercampur rata.
- Tibalah masa untuk kita masukkan ayam ke dalam tepung dalam 3 hingga 4 ketul sahaja.
- Celupkan ayam dalam air dengan menggunakan penyaring. Mama hanya perlu celupkan sekali sahaja. Kemudian angkat dan salutkan sekali lagi ke dalam tepung tadi.
- Langkah yang seterusnya ini sangat penting ya. Mama perlu tapis tepung salutan untuk mengeluarkan tepung yang berketul.
- Selepas itu, barulah kita boleh salutkan tepung dengan ayam yang lain.
Cara Menggoreng
- Sediakan minyak yang banyak supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
- Sebaiknya, gunakan periuk yang tebal. Tujuannya supaya ayam tenggelelam dan agar ayam tidak cepat hangus.
- Goreng hingga warna ayam menjadi keperangan
- Sekarang kita sudah boleh angkat ayam dari periuk. Rehatkan sebentar untuk membuang lebihan minyak dan ayam goreng KFC kita sedia untuk dihidangkan.
Tips Menyediakan Resepi Ayam Goreng KFC
- Cara dapatkan perapan yang meresap dengan pantas ialah dengan menutup bekas berisi ayam dengan plastik dan tinggalkan dalam peti sejuk semalaman.
- Hiriskan sedikit peha ayam supaya bahagian dalamnya masak sempurna.
- Tapiskan ayam dengan alas yang berjaring untuk memberi pengudaraan di bahagian bawah ayam. Jika tidak ayam akan menjadi lembik di bahagian bawah.
Nak buat ayam goreng KFC perlu banyakkan serbuk herba. Contohnya serbuk lada hitam, serbuk lada putih, serbuk ketumbar dan serbuk kari.
Rupanya itulah rahsia nak dapatkan ayam goreng rasa macam dekat restoran KFC. Che Nom juga kongsikan banyak tips dapatkan tekstur ayam yang rangup dan isi yang masak sempurna.
Kalau bagi ayam goreng dekat kanak-kanak, mereka pasti sangat sukakannya. Namun bagaimana pula dengan mak dan ayah kita?
Mungkin mereka teringin nak makan masakan kampung macam orang dulu-dulu masak. Jangan risau sebab Mama Siti dah tulis siap-siap resepi masakan kampung yang bikin nostalgia.
Mama juga boleh cuba pelbagai resepi lain dengan klik SINI!