KelabMama

Geng Bawa Bekal Pergi ‘Office’! Resepi Ayam Bakar Guna Air Fryer Ini Memang Sesuai Sangat

resepi ayam bakar

Zaman sekarang tak perlu jadi mak-mak  pun dah cukup sibuk kan. Lebih-lebih lagi mereka yang tiap-tiap pagi perlu bersiap awal sebab nak sampai tempat kerja tepat waktu. 

Kalau ada resepi ayam bakar air fryer ni, boleh lah makan sedap masa makan tengah hari nanti. Mama Siti tak sabarlah nak kongsikan resepi dari Azizah Baharum ini. Mari kita lihat cara-caranya. 

Resepi Ayam Bakar Air Fryer

Kredit gambar: Dapur KOBE

Resepi oleh: Azizah Baharum

Bahan-bahan

Bahan Kisar

Cara-Cara

#1 Potong ayam ke bahagian sederhana. Buang lemak berlebihan yang melekat pada daging ayam dan cuci bersih. 

Kredit gambar: Azizah Baharum

#2 Sediakan bahan-bahan kisaran hingga lumat. Tips supaya bahan-bahan lebih cepat lumat, potong setiap satunya kecil-kecil. 

Ianya menjimatkan masa mengisar dan tidak merosakkan pengisar. 

Kredit gambar: Azizah Baharum

#3 Kemudian, tuangkan bahan kisaran ke dalam mangkuk dan lumurkan dengan ayam yang telah dicuci. 

Kredit gambar: Azizah Baharum

#4 Ayam perlu diperap sekurang-kurangnya satu jam. Tetapi Mama Siti sarankan untuk perapkan semalaman dalam peti sejuk supaya proses menyediakannya lebih cepat. 

Kredit gambar: Azizah Baharum

#5 Selepas itu, masukkan ayam satu per satu ke dalam air fryer dan lumurkan sekali lagi dengan bahan perapan. 

Tetapkan masa selama 25 minit dengan suhu 190℃.

Kredit gambar: Nuryatie PG’s

#6 Sementara ayam sedang dipanggang, Mama boleh selesaikan urusan lain seperti bersiap ke tempat kerja. Apabila ayam selesai dipanggang, masukkan dalam bekas makanan dan bawa ke tempat kerja. 

Kredit gambar: Nuryatie PG’s

Tips Memasak Resepi Ayam Bakar Air Fryer

Mama pun boleh cuba juga resepi ayam percik guna air fryer ini tau. Boleh jadikan menu bekal ke pejabat. Harap-harap menu yang Mama Siti kongsikan ini membantu Mama menyediakan hidangan di waktu pagi.


Jom lihat pelbagai resepi menarik yang lain di SINI!