Zaman sekarang tak perlu jadi mak-mak pun dah cukup sibuk kan. Lebih-lebih lagi mereka yang tiap-tiap pagi perlu bersiap awal sebab nak sampai tempat kerja tepat waktu.
Kalau ada resepi ayam bakar air fryer ni, boleh lah makan sedap masa makan tengah hari nanti. Mama Siti tak sabarlah nak kongsikan resepi dari Azizah Baharum ini. Mari kita lihat cara-caranya.
Resepi Ayam Bakar Air Fryer

Resepi oleh: Azizah Baharum
Bahan-bahan
- Ayam
Bahan Kisar
- Serai
- Bawang merah
- Halia
- Bawang putih
- Sos tiram
- Serbuk kari
- Serbuk kunyit
- Garam
Cara-Cara
#1 Potong ayam ke bahagian sederhana. Buang lemak berlebihan yang melekat pada daging ayam dan cuci bersih.

#2 Sediakan bahan-bahan kisaran hingga lumat. Tips supaya bahan-bahan lebih cepat lumat, potong setiap satunya kecil-kecil.
Ianya menjimatkan masa mengisar dan tidak merosakkan pengisar.

#3 Kemudian, tuangkan bahan kisaran ke dalam mangkuk dan lumurkan dengan ayam yang telah dicuci.

#4 Ayam perlu diperap sekurang-kurangnya satu jam. Tetapi Mama Siti sarankan untuk perapkan semalaman dalam peti sejuk supaya proses menyediakannya lebih cepat.

#5 Selepas itu, masukkan ayam satu per satu ke dalam air fryer dan lumurkan sekali lagi dengan bahan perapan.
Tetapkan masa selama 25 minit dengan suhu 190℃.

#6 Sementara ayam sedang dipanggang, Mama boleh selesaikan urusan lain seperti bersiap ke tempat kerja. Apabila ayam selesai dipanggang, masukkan dalam bekas makanan dan bawa ke tempat kerja.

Tips Memasak Resepi Ayam Bakar Air Fryer
- Bahagian ayam yang paling sesuai untuk resepi ini ialah bahagian kepaknya. Namun begitu, bahagian yang lain juga dibenarkan.
- Mama yang sukakan tekstur caramel, boleh tambahkan gula atau madu semasa perapan.
Mama pun boleh cuba juga resepi ayam percik guna air fryer ini tau. Boleh jadikan menu bekal ke pejabat. Harap-harap menu yang Mama Siti kongsikan ini membantu Mama menyediakan hidangan di waktu pagi.
Jom lihat pelbagai resepi menarik yang lain di SINI!