KelabMama

Resepi Air Asam Ikan Bakar Yang Pedas Menyengat, Terangkat!

Siapa dekat sini suka makan ikan bakar? Menu ikan bakar lebih enak kalau dicecah dengan air asam kan. 

Sekali-sekala nak juga belajar buat sendiri macam dekat restoran. Mana tahu rasanya seakan sama, boleh cuba lagi lepas ni. 

Mama Siti tak nak buang masa, jom kita sama-sama buat air asam ikan bakar yang simple hanya dengan bahan masakan yang ada di dapur Mama. 

Cara buat air asam sebenarnya sangat mudah. Mama ada pilihan sama ada nak kisar atau nak potongkan saja. Ikut citarasa Mama dan keluarga ya. 

Ayuh kita mulakan!

Resepi Air Asam Ikan Bakar

Resepi oleh: Afy AL Habibi

Bahan-bahan

Bahan-Bahan Kisaran

Bahan-Bahan Hirisan

Cara Memasak

  1. Bakar bawang merah, bawang putih dan belacan hingga sedikit keperangan.

2. Seterusnya, kisarkan bahan yang dibakar dan bahan-bahan lain sekaligus.

3. Tambahkan bersama garam dan gula dalam pengisar hingga kesemua bahan sediti lumat.

4. Selepas itu, tuangkan bahan kisaran ke dalam mangkuk dan masukkan bahan hirisan.

5. Gaul rata dan air asam Mama sudah sedia untuk dihidangkan.

Tips

Akhirnya, air asam ikan bakar kita sudah sedia untuk di makan bersama ikan bakar. Mama Siti memang suka air asam ni. Kadang-kadang kalau tak sempat nak bakar, Mama Siti makan dengan ikan goreng.

Sedap juga tu kan. Apa-apa pun kalau percubaan kali pertama Mama kurang memuaskan, boleh cuba lagi lepas ni sampai pandai ya. Ayuh cuba resepi ikan cencaru sumbat sambal pula!

Selamat mencuba resepi air asam ikan bakar yang simple dan enak ini.