KelabMama

Tiga Resepi Jenis Acar Ala-ala Kenduri Kahwin

resepi acar kenduri kawin

Acar merupakan hidangan tradisional yang sering ditemui di majlis kenduri kahwin. Rasanya yang manis, masam, dan sedikit pedas membuatkan acar menjadi kegemaran ramai.

Boleh dimakan dengan nasi minyak ataupun nasi putih pun sedap juga. Kali ini Mama Siti kongsikan tiga resepi acar yang berbeza di beberapa negeri.

Resepi Acar Kenduri Kahwin

#1 Resepi Acar Buah

Kredit Gambar: Daily Makan

Bahan-Bahan:

Bahan hiris

Bahan tumis

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan asam buah dalam satu besen kecik untuk dibasuhkan hilangkan gula pada buah. Mama bilas dan ulang sebanyak tiga kali.
  2. Mama jemurkan asam buah selama satu hari atau sehingga asam buah menjadi kering.
  3. Mama masukkan satu setengah cawan minyak masak untuk kita menumis.
  4. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang putih dan Mama tumis sehingga naik bau.
  5. Kemudian, barulah Mama masukkan bawang merah dan hirisan halia.
  6. Kacau sentiasa dengan api sederhana sehingga warna keperangan, barulah Mama masukkan cili kisar. Mama sambung kacau sehingga bahan sebati.
  7. Selepas 30 minit mengacau Mama masukkan gula perang, kalau masih kurang rasa Mama tambah lagi.
  8. Mama tambahkan sedikit air dan kacau sebati. Mama ulang proses tambah air sebanyak tiga kali, barulah masakan akan lebih tahan.
  9. Selepas minyak dah keluar dan sambal bertukar warna kehitaman, teruskan masak dengan api yang kecil.
  10. Mama renehkan bahan tumisan lebih kurang 40 minit dengan Mama mengaul sekali-sekala bahan tumisan supaya tidak hangus pada bahagian bawah.
  11. Kemudian, Mama masukkan bawang merah dan bawang putih dan garam secukupnya.
  12. Teruskan memasak sehingga bawang menjadi lembut.
  13. Selepas itu, Mama masukkan cuka kacau sekejap, asam jawa dan kacau sebati.
  14. Akhir sekali, Mama masukkan asam buah.

Nota: Cili kisar dengan minyak masak supaya biji cili hancur lumat. Sekiranya minyak terlalu banyak Mama kena keluarkan. Dan tambahkan perasa secukupnya sebelum Mama masukkan acar buah.

Resepi: Sarahan Channel

#2 Resepi Acar Timun

Bahan-bahan

Cara penyediaan:

  1. Mama campurkan semua bahan yang Mama potong dalam mangkuk yang sesuai.
  2. Masukkan garam, gula dan cuka. Gaul sebati.
  3. Kemudian, Mama perapkan lebih kurang 30 minit.
  4. Dah siap acar timun Mama untuk dihidang makan tengah hari bersama keluarga.

Nota: Mama boleh tambahkan nenas dan kubis unggu juga untuk resepi acar timun ini.

Resepi: masak masaklah

#3 Acar Ikan Masin

Kredit Gambar: YouTube Sarahan Channel

Bahan-bahan

Bahan perapan:

Bahan kisar:

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan sedikit cuka dan air sehingga semua bahan terendam. Biarkan semalam dalam petia ais.
  2. Goreng ikan masin sampai garing. Dah garing Mama ketepikan.
  3. Minyak yang sama, Mama tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
  4. Kemudian, masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak.
  5. Bila dah pecah minyak, Mama masukkan aneka serbuk. Gaul sebati.
  6. Masukkan bahan yang Mama rendam semalam termasuk airnya sekali. Masukkan lobak masin juga.
  7. Perasakan masakan dengan garam, gula dan cukup rasa.
  8. Apabila kuah sudah pekat, Mama masukkan ikan masin Mama goreng tadi.

Nota: Mama boleh gunakan apa sahaja jenis ikan masin cuma ikan masin yang bertulang kurang sesuai sedikit.

Resepi: ayu.hanania

Mama tak perlu nak tunggu kenduri kahwin baru dapat makan acar ni semua, Mama pun boleh cuba buat sendiri je dekat rumah. Dapat makan dengan nasi kosong pun sedap juga tau. Selamat mencuba Mama!


Dapatkan lebih banyak resepi-resepi baru untuk Mama cuba di SINI.