Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kematian seorang remaja dan bayi akibat keracunan makanan. Dua telah dilaporkan maut yang melibatkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan bayi perempuan berusia setahun tujuh bulan disyaki akibat memakan bihun dan telur goreng yang dibawa balik dari satu program di sebuah sekolah rendah di Sungai Cincin, Gombak.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, melaporkan bahawa mangsa pertama adalah remaja lelaki yang mengalami cirit-birit selepas makan makanan tersebut yang dibawa balik oleh ibunya pada hari Sabtu dari program yang dihadirinya di sekolah berkenaan.
Bapanya memberitahu mereka ada makan telur mata juga tetapi anak lelakinya makan telur mata sebanyak tiga biji, sementara dua lagi anak perempuan mereka hanya memakan bihun sahaja.
Mereka bertiga mengalami cirit-birit tetapi hanya mereka berdua sahaja yang mendapatkan rawatan di klinik.
Kira-kira jam 1.30 tengah hari, remaja tersebut dilaporkan tidak sedarkan diri, menyebabkan bapanya menghubungi talian kecemasan MERS 999 untuk mendapatkan bantuan.
Remaja tersebut disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Kuala Lumpur.
Mangsa kedua, anak kepada pengawal keselamatan di sekolah berkenaan turut membawa pulang makanan yang sama, mengalami demam, muntah-muntah, dan cirit-birit pada jam 10.45 malam. Bayi tersebut dibawa ke Hospital Selayang oleh ibunya sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital tersebut.
“Mangsa mengalami demam, muntah, dan cirit-birit sebelum dihantar ke hospital dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Selayang,” katanya.
Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke forensik Hospital Selayang untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Sehingga sekarang, hasil siasatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mendapati 82 orang atau 33 peratus mengalami gejala termasuklah dua kes kematian daripada 247 orang yang terdedah selepas makan bihun telur mata sarapan pagi yang sudah berubah rupa dan rasa.
Tanda-tanda Telur Rosak
Telur adalah salah satu bahan makanan yang sering digunakan dalam masakan sehari-hari Mama.
Walau bagaimanapun, telur yang sudah rosak atau tidak dimasak dengan betul boleh menyebabkan keluarga Mama mengalami keracunan makanan.
Penyimpanan yang betul juga penting untuk memastikan kesegaran dan keselamatan makanan tersebut dan selamat untuk dimakan.
Mama Siti faham. telur goreng merupakan antara makanan yang menjadi kebiasaan dimakan sebagai sarapan atau lauk harian.
Namun, penting untuk Mama Papa memastikan telur goreng tersebut selamat dimakan dan bebas daripada keracunan makanan. Sentiasalah periksa bau, warna, tekstur, rasa, dan penampilan telur goreng sebelum memakannya.
Semoga kejadian ini menjadi asbab untuk kita lebih berhati-hati selepas ini.
Mama Papa dapatkan informasi-informasi yang trending di SINI.