KelabMama

7 Refleks Bayi yang Penting untuk Pertumbuhan Perkembangannya

Refleks Bayi

Seronok bila usap pipi mesti baby akan ikut gerakan jari sambil cuba nak masukkan jari dalam mulut serta menggenggam jari. Kalau Mama Papa nak tahu, itulah refleks bayi.

Refleks yang ditunjukkan bayi merupakan sebahagian penting dari pertumbuhan perkembangannya.

7 Jenis Refleks Bayi untuk Pertumbuhannya

1. Refleks Menghisap (Sucking Reflex)

Refleks menghisap ni terjadi sewaktu bayi dalam kandungan. Kalau Mama perasan bayi Mama mula menghisap ibu jari atau nampak bayi menghisap jari semasa Mama lakukan ultrasound.

Refleks menghisap ni berlaku apabila lelangit mulut bayi yang baru lahir disentuh dengan jari, puting atau puting botol. Apabila kawasan tersebut terangsang, bayi Mama akan mula menghisap serta dapat mengeluarkan susu.

Manakala bagi bayi pramatang pula mungkin tidak mempunyai refleks menghisap yang kuat semasa mereka lahir. Bayi juga tidak dapat menyelaraskan antara menghisap dan menelan sambil bernafas.

Refleks pada bayi ada dua proses dimana bayi akan memegang puting diantara lidahnya dan bumbung mulut. Satu lagi, bayi akan menutup bibirnya dan mula menghisap dengan mengerakkan lidahnya ke atas dan ke bawah. Tindakan ni juga adalah perahan susu.

Apabila mereka berusia dua hingga tiga bulan, bayi Mama akan mula menghisap secara sedar dan bukan lagi menjadi satu refleks.

Refleks menghisap penting untuk bayi kerana ia membantu bayi Mama untuk menyusu. Untuk refleks menghisap ni berkaitan dengan refleks rooting juga.

2. Rooting Reflex

Kredit Gambar: The Bump

Gerakan ni secara tiba-tiba je terjadi, apabila Mama menyentuh bahagian pipi atau muka bayi. Mereka akan cuba mengikuti arah pada bahagian yang Mama sentuh sambil membuka mulutnya.

Mereka juga akan cuba mencapai jari Mama untuk dimasukkan dalam mulut dengan menggerakkan kepalanya mengikut sentuhan tangan Mama.

Rooting reflex ni akan membuatkan bayi menemukan payudara atau botol susu apabila Mama menyuakan kepadanya. Bila usia mencecah empat bulan, gerakan bayi akan terjadi secara tiba-tiba kerana bayi Mama sudah boleh dapatkan puting.

3.Refleks Terkejut (Moro Reflex)

@dr_norajiaka

If your newborn doesn’t do this, there may be an injury #startlereflex #mororeflex

♬ original sound – The Peds ER Doc

Refleks moro ni juga dikenali sebagai refleks terkejut. Keadaan ni akan berlaku ketika bayi terkejut kerana bunyi atau pergerakan yang kuat.

Apa yang berlaku apabila bayi mendapat tindak balas reflex ni seperti menundukkan kepala, memanjangkan kaki tanganya dan menangis.

Mesti Mama perasankan bila Papa tutup pintu dan bayi akan terkejut dan akan merentang kaki serta tangannya itu lah refleks moro. Sebab itu digalakkan Mama untuk bedung bayi untuk elakkan terkejut yang melampau.

Sebelum ni, Mama Siti pun akan marah bila ada bunyi bising sebab boleh buat bayi terkejut tapi rupanya itu adalah moro refleks daripada mereka. Reflex ni Mama boleh lihat sehingga bayi berusia dua bulan.

4. Refleks Menggenggam (Palmar Grasping Reflex)

Kalau Mama dapati bayi menggenggam kuat jari Mama sewaktu Mama membelainya, ia sedang menunjukkan refleks genggaman atau grasping reflex.

Pada beberapa hari pertama setelah lahir, genggaman bayi akan terasa sangat kuat kerana ia belum dapat handle respons ini. Reflex genggaman ini akan lebih kuat pada bayi pramatang, namun ia dapat melepaskannya secara tiba-tiba.

Refleks genggaman biasanya hingga bayi berusia enam bulan, sementara refleks genggaman kaki pula sembilan sehingga 12 bulan.

5. Refleks Tonik Leher (Asymmetric Tonic Neck Reflex)

Kredit Video: YouTube Channel AMBOSS: Medical Knowledge Distilled

Refleks tonik leher atau dikenal dengan fencing position terjadi ketika bayi berbaring telentang. Bayi akan menolehkan kepalanya ke satu sisi, sementara tangan di sisi yang sama akan terentang lurus.

Kalau kepala menoleh ke kanan, lengan kanan akan terentang lurus, sedangkan lengan kirinya menekuk di siku.

Refleks ini membantu bayi mengembangkan otot untuk menggapai atau meraih sesuatu saat mereka berusia sekitar empat bulan. Selain itu, refleks ini dapat membantu bayi dalam proses persalinan dan mengembangkan koordinasi tangan-mata.

Refleks tonik leher perlu ada secara merata di kedua sisi tubuh. kalau Mama memperhatikan perbezaan refleks di kedua sisi, atau jika hanya satu sisi tubuh yang menunjukkan refleks dengan baik, segera berjumpa dengan doktor.

6. Refleks Babinski

Kredit Gambar: What to Expect

Babinski reflex pada baby dapat dilihat saat telapak kakinya dibelai. Kaki baby akan tertekuk ke belakang, sementara jari-jari kaki lainnya akan melebar menjauh karena merasakan sensasi asing.

Babinski biasanya ketika mereka berusia satu hingga dua tahun. Setelah usianya dua tahun, refleks ini akan hilang pada mereka.

Kredit Video: YouTube Channel AMBOSS: Medical Knowledge Distilled

Sebab tu bila Mama Papa menggelitik telapak kakinya, baby akan melengkungkan jari-jarinya kerana dapat merasakan geli atau terkejut.

Baby akan menunjukkan refleks babinski sehingga usia dua tahun, hal itu mungkin menandakan adanya masalah pada sistem saraf pusatnya.

7. Stepping Reflex

Stepping reflex juga dikenal sebagai dancing reflex. Reflex ini membantu bayi merangkak menuju payudara setelah lahir ketika diletakkan di perut Mama.

Stepping reflex terlihat ketika Mama menegakkan bayi dan membuat kakinya menapak lantai. Bayi akan secara spontan menempatkan satu kaki di depan kaki lainnya, seolah-olah sedang melangkah atau menari.

Refleks stepping biasanya hilang setelah bayi berusia dua bulan dan kemudian muncul kembali mendekati akhir tahun pertama, menandakan mereka sudah boleh belajar berjalan.

Kalau anak Mama Papa tak menunjukkan beberapa refleks perlu rujuk dengan doktor segera, mungkin bayi Mama ada masalah dengan otak atau kelemahan pada ototnya.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Dapatkan informasi tentang perkembangan bayi Mama Papa di SINI.