KelabMama

RAWATAN SUMBING BIBIR DAN SUMBING LELANGIT

Rawatan untuk sumbing bibir dan sumbing lelangit dapat meningkatkan keupayaan makan, pertuturan, dan pendengaran, dan demi mencapai penampilan wajah yang normal. Pakar yang memiliki pelbagai bidang perubatan berkemungkinan terlibat; pakar-pakar tersebut termasuklah pakar kanak-kanak, pakar telinga, hidung dan tekak, pakar pembedahan, pakar bedah mulut, doktor pergigian kanak-kanak, pakar ortodontik, audiologi (pakar pendengaran), terapi pertuturan, kounselor genetik, ahli psikologi, psikatri dan sebagainya.   

Pembedahan Pemulihan Sumbing Bibir

Pembedahan pemulihan sumbing bibir boleh dijalankan untuk mencapai penampilan, fungsi dan struktur bibir  yang normal. Pembedahan ini boleh dijalankan selepas beberapa bulan bayi dilahirkan (semasa bayi mencapai kira-kira 5kg); pakar pembedahan tersebut seharusnya menentukan masa yang sesuai. Anestesia Am akan dijalankan supaya kanak-kanak tidak mengalami kesakitan. Juga terdapat teknik pembedahan dan prosedur yang lain, pembedahan sumbing bibir secara umumnya melibatkan jahitan pembukaan bibir atas. Jika pembukaan tersebut meliputi bahagian hidung, pemulihan kawasan tersebut mungkin boleh dijalankan pada masa yang sama. Proses ini biasanya mengambil satu sesi, kadang-kala memerlukan dua sesi.

Apa yang mungkin berlaku:

 

Pembedahan Pemulihan Sumbing Lelangit 

Pembedahan pemulihan sumbing lelangit boleh dijalankan untuk menutupi pembukaan dan/atau membina lelangit, dan hal ini dapat membantu anak makan dan bertutur secara normal. Pembedahan sumbing lelangit yang terlibat lebih merumitkan, dan ia digalakkan untuk dijalankan semasa bayi membesar (biasanya dari 6 hingga 18 bulan); pakar bedah haruslah menentukan masa yang sesuai.  Anestesia am boleh dijalankan supaya anak tidak mengalami kesakitan. Bergantung kepada keadaan, teknik pembedahan dan prosedur yang berlainan dapat dijalankan untuk membaiki sumbing. Proses ini biasanya mengambil satu sesi, kadang-kala memerlukan dua sesi.

Apa yang mungkin berlaku:                                                 

Pembedahan Tiub Telinga

Pembedahan tiub telinga berkemungkinan dijalankan pada kanak-kanak sumbing lelangit (biasanya sekitar enam bulan) bagi menggelakkan daripada jangkitan telinga kronik yang dapat menyebabkan hilang pendengaran. Pembedahan akan memasukkan bentuk “I” tiub tympanostomy ke gegendang telinga. Tiub merupakan saluran yang membenarkan saliran cecair.

Lain-lain

Botol puting dan alat memberi makan khas untuk kanak-kanak sumbing bibir dan sumbing lelangit dapat membantu.

Pembedahan pembinaan semula muka, seperti pembedahan plastic dapat dijalankan bagi menambahbaikan penampilan mulut, bibir dan hidung. Pembedahan seperti ini biasanya dijalankan selepas anak membesar dan (bukan semasa peringkat awal)  

Pembukaan pada lelangit dan bibir bahagian atas akan menyebabkan kesukaran membentuk sesetengah bunyi. Dalam sesetengah keadaan, fungsi otot berkemungkinan merosot, dan seterusnya melambatkan pertuturan atau menyebabkan pertuturan tidak normal. Dalam keadaan seperti ini, terapi pertuturan dapat membantu.

Kanak-kanak dengan sumbing bibir akan berasa malu semasa sosial (terutamanya jika dibuli/didiskriminasi oleh rakan-rakan) disebabkan penampilan wajah. Hal ini akan menimbulkan rasa malu, bersama-sama dengan tekanan yang disebabkan oleh menerima prosedur perubatan, dan seterusnya mengundang masalah social dan emosi. Dalam keadaan seperti ini, kaunseling psikologi dapat membantu.

 

 

 

 

 

 Sumber: mydoc.asia