“Kalendar persekolahan dirancang dapat bermula bulan Januari ialah pada tahun 2026,” kata Menteri Pendidikan, YB Puan Fadhlina Binti Sidek.
Seperti yang kita maklum, sekolah di seluruh negara telah mengalami gangguan yang ketara kerana pandemik COVID-19 yang telah melanda pada awal tahun 2020.
Sekatan ni memaksa penutupan sekolah yang berpanjangan serta Putrajaya terpaksa menangguhkan permulaan tahun akademik dari Januari hingga Mac.
Mama Siti ingat lagi, awal-awal anak mulakan sesi persekolahan bulan Mac semasa pandemik dulu, memang susah nak adapt.
Kita dah terbiasa dengan sesi persekolahan bermula bulan Januari kan, bila mula bulan Mac hari tu, kelam kabut habis. Mama Siti time tu pening nak faham semua benda yang harus diubah, waktu persekolahan juga ada perubahan, dan lagi-lagi yang berkaitan dengan persekolahan anak-anak.
Mama Siti rasa Mama-mama yang lain pun sama macam Mama Siti kan? Jadi, kalau dah back to normal ni lega lah sikit Mama Siti rasa.
Selain itu, YB Puan Fadhlina Binti Sidek juga turut memaklumkan dalam Dewan Rakyat pada 23 Mei bahawa tahun akademik 2025 akan bermula pada bulan Februari.
“Dengan pengumuman hari ini, kami berharap semua pihak dapat merancang dengan lebih baik untuk tahun persekolahan baharu,” katanya ketika menjawab pertanyaan oleh menteri di Dewan Rakyat semalam.
Ujarnya lagi, dengan pengumuman yang dilakukan ini, pihaknya berharap semua pihak yang terlibat terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah pada tahun tersebut dapat merancang dari segi kewangan dan ekonomi mereka dengan lebih awal.
Apa hidden cost yang Mama Papa tanggung bila anak-anak mula bersekolah? Klik di SINI.