Selepas melahirkan anak, mama dinasihatkan supaya merancang kehamilan yang seterusnya. Menurut WHO, tahap kesihatan wanita untuk kembali hamil selepas melahirkan anak adalah 2 tahun.
PENTINGNYA MENJARAK KEHAMILAN DEMI KESIHATAN IBU
Ada beberapa jenis kaedah untuk merancang kehamilan termasuklah pengambilan pil, suntikan, implan, IUS dan macam-macam lagi. Tapi ada juga mama yang tak berani nak ambil apa-apa kerana masih menyusu badan dan takut sekiranya effect atau sebagainya. Jadi mama memilih untuk merancang sendiri. Tapi bagaimana?
CARA MERANCANG KEHAMILAN SECARA ‘NATURAL’
Kalau mama tak nak ambil sebarang ubat-ubatan atau kaedah yang diberi oleh pihak hospital, mama boleh rancang sendiri secara semulajadi.
#Catat suhu badan mama setiap hari
Ya memang kena catat suhu badan setiap hari ye mama. Fasa kesuburan seseorang wanita itu dapat dijangka melalui kenaikan suhu badan tau. Suhu perlu diambil setiap hari dan diplot sebagai graf. Kalau mama tengok betul-betul ianya akan mempunyai pattern yang serupa. Tapi mama kena tahu, kadang-kadang suhu badan naik sebab lain iaitu tidur terganggu atau demam. Kalau mama dan suami guna kaedah ni, kena elakkan hubungan seks sehingga 3 hari selepas meningkatnya suhu.
#Kenal pasti cecair pada faraj
Mama boleh kenal pasti tekstur dan warna cecair faraj untuk ketahui sama ada mama tengah subur atau tak.
- Kalau mama perasan, faraj akan rasa kering lepas habis haid. Bila kering bermaksud ovulasi belum lagi berlaku dan peluang kehamilan adalah rendah.
- Bila sikit cecair faraj muncul dan cecairnya kental, pekat dan berwarna putih atau krim, ini bermakna mama menghampiri waktu ovulasi.
- Peluang mama untuk hamil adalah tinggi bila cecair faraj bertukar kepada warna jernih, licin dan mudah diregangkan. Maka, hubungan seksual perlu dielakkan kalau mama merancang untuk jarakkan kehamilan.
Pesanan: Mama dinasihatkan untuk tengok cecair ni pada awal pagi kerana cecair faraj boleh dipengaruhi oleh aktiviti lain pada waktu siang.
#Kaedah beritma
Orang selalu panggil ni kaedah kalendar sebab mama kena rekod kitaran haid selama 6 bulan. Selalunya kitaran haid 28 hari, tapi julatnya boleh di antara 23 hingga 35 hari dan masih dikira sebagai normal. Kitaran haid ni dikira dari ‘hari pertama pendarahan’ hinggalah ke ‘hari pertama haid yang berikutnya’. Bila dah dapat kiraan yang tetap, mama boleh buat pengiraan untuk dapatkan waktu subur.
Cara untuk kira :
- Untuk kitaran haid yang ‘terpendek’, tolak harinya sebanyak 18 hari. Ini memberikan hari pertama kesuburan.
- Untuk kitaran haid yang ‘terpanjang’, tolak 11 hari, ini memberikan hari terakhir kesuburan.
Contoh :
- Kitaran terpendek tolak 18 hari: 25hari -18hari = 7 hari
- Kitaran terpanjang tolak 11 hari: 35hari – 11 hari>= 24 hari
Jadi, mama kena elakkan hubungan seksual sepanjang hari ke 7 hingga ke hari ke 24 kerana tu lah waktu subur mama.
#Penyusuan badan secara eksklusif
Untuk jayakan kaedah ni, selang diantara penyusuan hendaklah tak melebihi 4jam pada sebelah siang dan tak melebihi 6 jam pada sebelah malam. Kalau penyusuan diselang selikan dengan susu formula, lagi cepatlah mama akan didatangi haid dan lagi cepat mama hamil.
#Kaedah ‘azal
Selalu kaedah ni dipanggil ‘pancut luar’, bermaksud si suami hanya akan keluarkan air mani di luar faraj apabila hampir klimaks. Cara begini chance untuk hamil tu rendah sebab air mani perlu masuk ke faraj, seterusnya ke vagina dan bertemu dengan ovum.
Menurut Utusan, 25% dari mereka yang amalkan mungkin mengandung tanpa sengajatapi ramai yang lebih selesa pilih kaedah ni sebab tak perlu ambil sebarang ubat mahupun kesan sampingan terhadap kesihatan.
Apa-apapun pilihan ditangan mama. Sekiranya mama takut ‘terbabas’, mama boleh guna kaedah yang diberi oleh nurse atau doktor. Kalau mama yakin boleh merancang sendiri, ini adalah pilihan yang terbaik. Semoga bermanfaat!
Sumber : Siraplimau , Utusan