KelabMama

Tips Untuk Ibu Mengandung ‘Survive’ Berpuasa di Bulan Ramadan

Bulan Ramadan adalah bulan paling mulia untuk seluruh umat Islam. Pelbagai kebaikan yang ditawarkan dengan ibadah puasa. Antara kebaikannya adalah dapat menahan kita daripada hawa nafsu serta perbanyakan ibadah solat untuk saham akhirat kita.

Namun demikian, ibu-ibu mengandung tidak lah terkecuali. Ibu hamil juga boleh berpuasa, namun diberi keringanan atau rukhsah.

Sekiranya Mama ingin berpuasa dan boleh berpuasa, ini beberapa tips untuk ibu hamil kekal bertenaga sepanjang Ramadan ini.

7 Tips Untuk Mama Kekal Bertenaga di Bulan Ramadan

1. Ambil lebih protein seperti daging dan telur. Protein boleh disimpan di dalam tubuh pada kadar lebih lama.

Protein dapat disimpan di dalam tubuh pada kadar lebih lama berbanding kumpulan vitamin yang lain. Oleh itu, lebihkan protein untuk kekal bertenaga pada bulan puasa ini.

2. Banyakkan makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar supaya boleh menahan lapar.

Ia boleh mengurangkan risiko Mama untuk mendapat buasir. Dan kajian juga mendapati bahawa diet yang serat tinggi berkemungkinan mengurangkan risiko kanser kolorektal. Pada bulan puasa ini kita juga mahu menjaga kesihatan perut kita.

3. Ambil vitamin tambahan ketika sahur agar badan kekal segar sepanjang hari.

Suplemen pemakanan meningkatkan diet biasa Mama untuk memastikan Mama dapat bekalan nutrien yang sihat. Ia mengandungi vitamin dan mineral yang membantu Mama berasa lebih bertenaga, kelihatan lebih baik, dan juga tidur yang lebih nyenyak.

4. Lewatkan bersahur Mama! Kalau boleh, sahur hingga ke saat akhir imsak supaya tidak cepat lapar pada waktu siang.

Antara hikmah mengapa disunatkan melewatkan sahur supaya kita dapat terus bersiap sedia untuk menunaikan solat Subuh. Tambahan pula, kita dapat rasa lebih kenyang sepanjang hari.

5. Usaha untuk minum dua liter air masak selepas waktu berbuka hingga ke waktu imsak. Minum sikit tetapi kerap bagi mengelakkan dehidrasi.

Mama tahu tak jika Mama minum 2 liter air sehari, ia dapat membersihkan toksin dari badan, beri tenaga dan bantu masalah keletihan Mama? Dengan meminum air, ia boleh cergaskan minda dan bantu buah pinggang Mama untuk dapatkan semula keseimbangan.

6. Elakkan makanan berasid atau bergoreng yang boleh membuatkan Mama mengalami masalah pedih ulu hati, terutama sebelum tidur.

Makanan berasid, bergoreng dan pedas berkemungkinan untuk lebih mengganggu perut dekat pada waktu tidur, terutamanya jika Mama berbaring.

Pedih ulu hati berlaku lebih jika Mama berbaring selepas makan, menjadikannya mudah untuk kandungan perut Mama mengalir ke esofagus.

7. Amalkan untuk menjamah beberapa biji kurma atau minum susu kurma sebelum habis waktu sahur.

Seperti yang kita tahu, kurma memang sangat bagus untuk diri kita. Jadi sebelum habis waktu sahur, amalkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 biji kurma atau minum susu kurma untuk rasa kenyang yang lebih lama.

Awas ya Mama! Makan slow-slow dan nikmati makanan berbuka dan sahur tu. Perbanyakan ibadah bulan Ramadan ini dan selamat berpuasa buat ibu hamil!

Dapatkan nasihat daripada doktor Mama sebelum lalukan apa-apa perubahan dalam diet Mama ya.


Dapatkan lebih banyak infografik menarik di SINI!