KelabMama

Ramadan & Raya: Resepi Khas Daripada Mama

“Hmm, berapa sudu gula nak masukkan ni?”

“Berapa lama nak kena masak ni?” 

“Eh, betul ke cara potong ni?”

Ya, soalan-soalan di atas sangat ‘familiar’ dan merupakan soalan kegemaran mereka yang baru belajar memasak untuk mengelakkan rumah daripada terbakar (dek kecuaian sendiri) – termasuklah saya. Saya juga ada satu pengakuan: seperti seekor burung kakak tua, saya sering menanyakan soalan-soalan di atas kepada Mama saya SETIAP hari! Haa nampak tak bagaimana ‘lost’ dan kelirunya saya setiap kali berada di dapur. Dan Mama merupakan tukang masak terhebat yang saya pernah tahu. Mama tak pernah mengikuti sebarang kelas masakan untuk belajar memasak; dia merupakan seorang yang semula jadi dan handal di dapur – sudah semestinya dengan sedikit bantuan daripada nenek! 

Tidak lama lagi kita akan menyambut Ramadan, dan kemudian Raya. Sejak kebelakangan ini, saya sering teringatkan masakan Mama. Eh, Hari Ibu pun dalam tempoh masa yang sama bukan? Okay, ‘it’s official’: Saya sangat rindukan Mama! Dan bila difikirkan semula, musim perayaan ini akan membuatkan saya dan anda semua mengenang kembali memori indah sewaktu berada di dapur bersama Mama. 

Teringat lagi sewaktu membesar, bangun pagi je dah bau masakan Mama dan senduk, kuali dan pisau yang Mama gunakan semasa memasak. Ya, dapur keluarga saya sangat meriah setiap hari, tapi itulah yang menggembirakan hati saya. Kekecohan di dapur sewaktu hari-hari biasa menjadi dua kali ganda lebih meriah ketika musim Ramadan dan Raya. Jadi sebab itu lah saya sentiasa memikirkan masakan Mama! Rindu Mama…

Sambil berkain batik, Mama kelihatan sangat comel di dapur dengan rambut kerintingnya rapi disisirkan ke dalam anak tudung, sambil bernyanyi lagu Raya yang berkumandang di radio. Dan Mama tak pernah tahu akan hal ini, tetapi ada masa saya akan bangun Sahur lebih awal hanya untuk lihat Mama masak dan eh…Mama menyanyi juga pagi-pagi! Shh, ini antara kita je tau! 

Bagi saya dan keluarga, Ramadan dan Raya merupakan satu musim perayaan yang lebih daripada sekadar pelbagai juadah makanan; ia merupakan saat dimana ikatan silaturrahim antara saya dan Mama menjadi lebih erat dan bermakna. 

Ia bermula ketika Mama ‘mengubah’ minatnya kepada masakan menjadi satu misi untuk mengajar saya beberapa tips dan rahsia untuk membuatkan masakan menjadi lebih lazat. Sejujurnya, perasan ketika itu seperti melangkah ke medan peperangan setiap kali masuk ke dapur, dan Mama-lah yang mengetuai ‘peperangan’ tersebut. Falsafah Mama: ‘tempat peperangan’ ini bukanlah satu permainan yang mementingkan sukatan, tetapi strategi. Ya, dramatik bukan, tapi itulah yang berlaku. Mama sangat jarang menyukat bahan-bahan yang digunakan, tetapi entah bagaimana, Mama selalu mendapatkan sukatan yang tepat dan resepi yang sihat dan lazat! Macam ahli sihir pulak Mama ni.

Apa yang bestnya, lebih banyak saya masak, Mama nampak lagi gembira dan sukakan keadaan tersebut – mungkin kerana (akhirnya) Mama mempunyai teman memasak di dapur. Masih segar di ingatan bagaimana Mama akan selalu berada di sebelah. Sambil saya masak, Mama akan beri tips dan tunjuk ajar untuk memastikan saya menggunakan bahan-bahan yang betul. Tertekan? Tipulah kalau tak, tapi itulah yang berlaku apabila kita sedang belajar dengan yang terbaik. Dan akhirnya, saya sudah terbiasa dan tahu kesemua resepinya setelah bertahun-tahun memerhatikan Mama masak (dan merasai makanannya). 

Maksudnya, kakak dah bersedia,”

ujar Mama sambil tersenyum. 

Sekarang, semua ajaran dan nasihat Mama menjadi pengaruh kepada masakan buat keluarga kecil saya sendiri, terutamanya sewaktu musim Ramadan dan Raya. Hal ini kerana musim perayaan ni, suami dan anak-anak tiba-tiba berubah menjadi ‘monster’ yang sentiasa kelaparan. Tetapi saya tak salahkan mereka. Suami dan anak-anak SANGAT sukakan Tepung Pelita dan Roti Jala yang saya masak – sebutir lebihan pun tak ada di atas pinggan! Terima kasih Mama kerana ajarkan resepi turun-temurun kepada saya dan buat nenek kerana menyampaikan resepi ini kepada Mama!

Percayalah, anda juga boleh menyediakan juadah ringan ini dalam masa yang singkat sahaja. Salah satu bahan paling penting yang digunakan adalah santan kelapa. 

Anakku sayang, rahsianya adalah memilih santan kelapa yang betul. Cubalah Santan Kelapa M&S dan lepastu baru kakak tau kenapa,”

kata Mama yang sering ingatkan saya. 

Santan Kelapa M&S Meningkatkan Rasa & Aroma Masakan Anda

Di sepanjang pengalaman saya memasak, saya mendapati Santan Kelapa M&S merupakan santan yang unik dan berlainan daripada santan kelapa yang lain. Kenapa? Santan Kelapa M&S mempunyai ciri-ciri santan kelapa segar seperti baru diperah dari isi kelapa parut (orang utagha panggil kukoq nyoq), dan aroma serta bau wangiannya yang sangat segar. Ianya tidak pekat seperti susu sejat dan ia membuatkan rasa masakan menjadi luar biasa. Santan Kelapa M&S tidak mengandungi perasa tiruan, pewarna, dan bahan pengawet tiruan. Bagus bukan? Malah, ia juga bebas-kolesterol – satu perkara yang sangat bermanfaat buat ibu-ibu seperti saya!

Eh, ada lagi… Santan Kelapa M&S juga sangat mudah digunakan dan disimpan. Untuk ibu-ibu yang beragama Islam, jangan risau kerana Santan Kelapa M&S bersih, ‘hygienic’, dan disahkan Halal oleh Jakim. 

Jadi sekarang anda tahu bukan kenapa saya sangat sukakan dan nantikan Ramadan dan Raya? Ya, termasuklah ahli keluarga saya, ‘monsters’ yang sentiasa kelaparan. Ucapan terima kasih sahaja buat Mama tak akan pernah cukup; malah, lebih daripada itu. Sekiranya saya harus memilih satu imej untuk menggambarkan bagaimana Mama saya sangat bermakna buat saya, ia semestinya apabila kita sering membayangkan watak superhero kegemaran kita sedang masak makanan kegemaran kita sebelum ‘dia’ terbang menyelamatkan dunia. Bunyi macam saya melebih-lebih bukan, tapi itulah hakikatnya. Saya belajar memasak daripada wanita hebat ini, Mama saya – dialah superhero saya di dunia yang nyata dan sudah semestinya dia berhak untuk mendapatkan penghargaan yang tertinggi. Kakak sayang Mama!

Menangi Barangan Elektrik Bernilai RM10,000!

Ayuh kongsikan resepi rahsia turun-temurun anda yang tersendiri sekarang! Dengan menyertai peraduan ‘Masakan Makku Sayang’, anda berpeluang untuk memenangi barangan elektrik bernilai sehingga RM10,000!

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook dan Instagram rasmi Santan Kelapa M&S. Hanya ikuti langkah-langkah yang disediakan dan kongsikan resepi Raya kegemaran anda yang diwarisi atau dimasak oleh Mama anda bersama dengan kisah disebalik resepi tersebut. Peraduan ini akan bermula daripada 27 April hingga 20 Mei 2020

Untuk mendapatkan inspirasi masakan, jangan lupa untuk ‘subscribe’ YouTube Santan Kelapa M&S yang dipenuhi dengan pelbagai resepi yang luar biasa untuk memeriahkan perayaan Ramadan dan Raya yang akan datang.

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood.com.my.