Apa yang kita nak semasa hamil? Salah satu keinginan semasa hamil ialah nak bagi kulit cantik , cergas bertenaga walaupun berat badan semakin bertambah kan? Berikut, ada tips untuk kekal cergas dan sihat, kurang morning sickness ketika hamil, bertenaga dan miliki kulit yang cantik sepanjang tempoh kehamilan. Tak dapat dinafikan bahawa mood, emosi kita sebagai ibu hamil akan ceria jika kita bertenaga, kulit licin tanpa sebarang noda. Tak hairan la kalau sesetengah ibu hamil nampak lebih cantik ketika hamil.
- BERSENAM DENGAN TERATUR
Dengan bersenam secara teratur badan akan menjadi sihat dan segar serta mencegah tubuh daripada menjadi terlalu gemuk ketika hamil. Jika anda rajin bersenam ketika hamil juga akan menjadikan jantung berfungsi lebih berkesan sehingga peredaran darah ke janin menjadi lebih lancar. Lakukanlah senaman yang ringan dan mudah seperti berjalan kaki, berenang, yoga dan regangan untuk ibu hamil.
- SOLEKAN
Jika bersolek, guna kosmetik yang bersesuaian kulit anda, kerana ketika hamil kulit akan menjadi lebih sensitif. Jika mempunyai masalah pada kulit wajah, sebaik-baiknya berjumpa doktor kulit untuk mengatasinya.
- MERAWAT WAJAH
Sewaktu hamil wajah akan lebih banyak mengeluarkan minyak pada bahagian pipi, hidung dan dagu yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat. Bersihkanlah wajah dengan pembersih muka dan penyegar sekurang-kurangnya dua kali sehari.
- REHAT YANG CUKUP
Biasakan diri untuk beristirahat pada siang hari, gunakanlah waktu itu untuk mendengar musik lembut, membaca buku, bersantai atau tidur. Ini dapat membantu merenggangkan saraf-saraf yang tegang menjadi kendur, agar anda kembali segar.
- MANDI SECARA TERATUR
Saat hamil tubuh akan mengeluarkan lebih banyak peluh. Untuk itu mandi dan bersihkanlah tubuh sekurang-kurangnya dua kali sehari secara teratur. Apabila mandi badan menjadi segar dan tidur lebih selesa. Setelah selesai mandi sapukan losen badan yang tidak mengandungi minyak zaitun agar kadar minyak pada tubuh tidak terlalu tinggi.
- PENJAGAAN GIGI
Wanita mengandung mudah mengalami sakit gigi jadi berikan tumpuan lebih pada penjagaan gigi dan mulut. Ketika hamil anda juga akan sering mengalami mual dan muntah. Jadi pastikan anda membersih dan menyegarkan kembali mulut setiap kali selepas muntah. Jangan sampai orang tidak senang berbual dengan anda kerana bau mulut yang kurang enak.
- BANYAKKAN MINUM AIR
Jangan dehydrated. Penting untuk kekalkan kelembapan kulit dan untuk memberi nutrient pada bayi.
- JALINKAN HUBUNGAN YANG BAIK DENGAN BABY DALAM KANDUNGAN
Penting untuk baby dalam kandungan tuk rasa gembira.. baby bole tahu yer apa yg berlaku walaupun dalam kandungan.
- MANJAKAN DIRI ANDA
Perubahan hormon akan menyebabkan keguguran rambut dan sebagainya… manjakan diri anda dengan cucian rambut, …hot massage dan sebagainya.
- PENJAGAAN MATA
Ibu hamil berkemungkinan mendapat gelung hitam atau eye back sebab penat, lesu dan kadang-kadang kurang tidur..cuci dengan air sejuk ke muka setiap hari selama setengah jam. Bukan hanya untuk hilangkan penat, bahkan untuk sentiasa nampak ceria dan cantik!
MAMA MAKAN BUAH INI UNTUK CANTIK BERSERI
- KURMA
Kurma kaya dengna segala vitmain dan mineral seperti kalsium, besi, kalium, magnesium, vitamin A, vitmain C dan lain-lain. Ibu hamil boleh mendapat kebaikan dari segi tenaga dari khasiat buah kurma. Kurma ni bukan sahaja baik ketika hamil tetapi juga selepas melahirkan. Kurma memberi tenaga segera kerana ianya paling pantas dihadam dan diserap kerana gula yang terdapat dalam kurma tidak perlu dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim. Makan kurma ketika hamil juga membantu dalam sistem pembuangan kerana kandungna serat yang tinggi. InsyaaAllah wanita hamil yang mengamalkan makan kurma akan mudah bersalin.
- APRIKOT
Masalah penuaan awal dapat dicegah dengan amalan makan buah aprikot kerana khasiatnya dalam membina kolagen dalam badan.
- PISANG
Pisang kaya dengna kandungan vitamin dan kalium yang memberi banyak kelebihan untuk mengelakkan selulit kepada ibu hamil. Pisang juga kaya dengan asid folat untuk untuk pembentukan otak dan sumsum tulang belakang. Pisang juga mengandung vitamin C yang sangat diperlukan untuk pembentukan pembuluh darah, gusi, tulang dan kulit. Bagi ibu hamil yang mengalami morning sickness dapat boleh makan pisang untuk membantu menjaga kadar gula darah dan menghindari mual.
- BUAH NAGA
Buah naga kaya dengan antioksidan dan vitamin B3 yang banyak memberi manfaat untuk melembapkan kulit sepanjang tempoh kehamilan.
- TEMBIKAI
Dikenali sebagai buah yang banyak air dan dipercayai banyak membantu ibu-ibu hamil yang mengalami morning sickness seterusnya mengelakkan dehidrasi. Selain buah-buahan ibu hamil juga perlu variasikan dengan sayur-sayuran yang sangat baik untuk kesihatan ibu dan anak. Fiber yang terdapat dalam buah dan sayur membantu mengelakkan masalah sembelit di kalangan ibu hamil. Kunci utama pemilihan buah dan sayur semasa hamil adalah beta carotene yg mana penting utk fungsi saraf, penglihatan dan pembentukan sel serta tisu bayi.
Sumber: makbuyong.com