Kunci hubungan intim suami-isteri bermula dengan kucupan ataupun ciuman. Apakah maksud tersirat di sebaliknya? Bukan tindakan yang dibuat-buat kerana keinginan untuk mengucup timbul dengan begitu saja sebagai simbolik menunjukkan kasih sayang kepada suami atau isteri. Dan tahukah kamu gaya ciuman tertentu dapat membuatkan pasangan menikmatinya malah berupaya meninggalkan kesan yang mendalam? Berikut adalah beberapa kategori kucupan yang boleh dipraktikkan buat suami isteri dalam memastikan kelangsungan hubungan intim.
CIUMAN DAHI
Ciuman di atas dahi bukanlah sesuatu yang luar biasa dilihat pada pasangan suami isteri. Sedangkan, selepas upacara akad nikah tentu ada sesi membatalkan air sembahyang, di mana suami mencium dahi isteri selepas menyarungkan cincin. Itu adalah saat pertama kali suami menyentuh anda dan memberikan ciuman penuh makna. Bagi suami, ciuman diberi melambangkan rasa kasih dan sayang terhadap isterinya yang tercinta. Ciuman yang begitu luhur membuatkan si penerima ciuman merasakan getaran halus dalam jiwa.
CIUMAN SAYANG
Ada ketikanya suami sukar dilihat meluahkan perasaan sayang pada isteri. Namun, ia dapat diungkapkan melalui setiap pergerakan yang dilakukan contohnya sentuhan ciuman yang diberikan. Jika suami kerap memberikan ciuman di pipi, itu tandanya si dia sangat menyayangi isterinya dengan sepenuh hati. Ketika isteri sedang dalam keadaan marah, pasti suami akan memberikan ciuman di pipi bagi meredakan kemarahannya itu. Hingga membuatkan isteri tersenyum. Selain, suami memberi ciuman saat pulang dari pejabat, lantas menghadiahkan sebuah ciuman menandakan dirinya rindukan isteri.
FRENCH KISS
Ia juga disebut English Kiss atau Soul Kiss kerana gaya ciuman memerlukan kerjasama anda dan pasangan berinteraksi bahasa lidah.
CIUMAN CINTA
Mendebarkan saat isteri sedang berdiri dan secara tiba-tiba suami datang menghampiri. Lantas memeluk pinggang dan memberikan sebuah ciuman hangat di leher. Kemudian memalingkan badan isteri agar berhadapan dengannya lalu beri kucupan mesra di bibir. Inilah yang dinamakan ciuman cinta daripada seorang suami buat isteri tersayang. Pada ketika ini rasa cinta akan kian bersemi dan hangat membara.
CIUMAN MANJA
Ciuman bukan setakat di bibir sahaja. Namun ia masih boleh dilakukan di tempat lain seperti mata, rambut, telinga dan dagu. Terpulang kepada pasangan masing-masing. Jika kerap melakukan di bibir mungkin anda boleh mengubahnya di tempat lain. Sekiranya anda ingin memberikan lebih banyak aksi menggairahkan, boleh mencuba ciuman di bahagian sensitif suami seperti belakang telinga, bahu ataupun di perutnya. Pasti si dia rasa teruja.
THE WHIPPED CREAM KISS
Adalah antara kategori ciuman yang mengghairahkan dan penuh nafsu.
CIUMAN RAMA-RAMA
Mengucup bahagian tubuh si dia dengan mengerdipkan bulu mata sehingga pasangan terasa geli. Kucupan ini lazimnya dilayangkan pada pipi, hujung bibir,dahi atau perut.
FREEZE KISS
Pegunkan gaya ciuman anda dan pasangan dengan kategori ciuman ini. Ciuman yang dilakukan setelah bibir diulit dengan ketulan kecil ais mampu mencetuskan kelainan. Walaupun dingin tetapi menenangkan!
CIUMAN DI TANGAN
Itu tandanya si dia menghormati dan menyanjungi pasangannya. Selepas mencium tangan, pasti matanya akan memandang tepat pada mata isteri yang memberi maksud si dia mencintai isteri sepenuh jiwa dan raga. Inilah antara bibit-bibit permulaan bagi suami menandakan bahawa si dia ingin bersama isteri dalam kesusahan dan kesenangan, malah hanya isteri bertakhta di hati.
Sumber: rahsiarumahtanggabahagia.blogspot