Kebanyakan Mama sedar tentang kepentingan DHA dalam perkembangan otak kanak-kanak. Walaupun kita mempunyai kira-kira 100 bilion sel otak, tidak semuanya berhubung. Hubungan sel-sel otak terus dihasilkan dan dibentuk sepanjang zaman kanak-kanak untuk ingatan dan proses pembelajaran mereka.
Cuba bayangkan ini; sel-sel otak anak anda seperti ‘jigsaw puzzle’. Kesemuanya ada—kira-kira 100 bilion daripadanya—tetapi ia kekal sebagai kepingan tunggal melainkan Mama membetulkannya untuk menjadi satu gambar yang lengkap.
Jadi, masa terbaik untuk melakukannya adalah semasa zaman kanak-kanak kerana inilah masa otak mereka berkembang dengan lebih pantas berbanding dengan peringkat umur yang lain. Sel-sel muda ini boleh berhubung dengan cepat (National Academy of Sciences, 2000) apabila terdedah kepada rangsangan yang betul. Cara otak kanak-kanak berkembang memberi kesan kepada kebolehan masa depan mereka untuk belajar dan berjaya di sekolah mahupun dalam kehidupan.
Oleh itu, Mama Siti ingin kongsikan apakah yang Mama dan Papa boleh lakukan untuk memperbaiki kepingan ‘puzzle’ ini supaya lebih banyak sel otak anak-anak dapat berhubung.
Sediakan Interaksi Yang Positif
Salah satu perkara yang paling penting untuk Mama dan Papa lakukan ialah hadir dalam kehidupan anak-anak sejak kecil lagi.
Ibu bapa digalakkan untuk menenangkan, memeluk dan meyakinkan mereka. Tanpa ikatan awal yang kukuh, kanak-kanak kurang berkemungkinan untuk membesar menjadi seorang dewasa yang gembira, berdikari dan berjiwa kental pada masa depan. (Winston & Chicot, 2016).
Apabila anak-anak menerima tindak balas yang positif melalui sentuhan fizikal, otak mereka mula membentuk harapan dan jangkaan (Lally & Mangoine, 2017) terhadap cara mereka akan dilayan, dan apakah reaksi mereka. Sebagai contoh, apabila anak meragam atau menangis, reaksi kita sebagai orang dewasa yang konsisten dalam menghiburkan mereka akan membantu mereka menjangkakan tindak balas yang serupa pada masa yang akan datang.
Memperkenalkan Bahasa
Kita sangat bertuah kerana tinggal di negara yang kaya dengan pelbagai bahasa. Selain mempunyai Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan kita, kita turut mempunyai Bahasa Inggeris serta pelbagai lagi bahasa ibunda masing-masing. Oleh itu, adalah baik untuk Mama bertutur dengan anak-anak dalam seberapa banyak bahasa yang Mama tahu kerana dengan berbuat demikian, secara automatik Mama akan membantu dalam perkembangan otak mereka.
Sesetengah ibu bapa juga menghantar anak mereka ke kelas bahasa untuk belajar bahasa lain seperti Perancis, Jerman, Sepanyol, Korea dan Jepun.
Belajar sesuatu bahasa adalah lebih mudah untuk kanak-kanak (Shiver, 2001) kerana otak mereka yang mudah dibentuk membolehkan mereka belajar sehingga tiga bahasa secara serentak. Setelah mereka mahir dengan bahasa penting yang sering digunakan di rumah atau di sekitar mereka, mereka boleh mempelajari bahasa bukan ibunda. Mereka juga akan lebih cekap dan pantas dalam mempelajari sesuatu bahasa sebelum mencapai umur akil baligh, kerana ia merupakan tempoh sensitif untuk perkembangan bahasa.
Bermain Bersama Mereka
Mama membantu melengkapkan ‘puzzle’ sel otak mereka apabila Mama melibatkan deria mereka untuk berinteraksi dengan dunia di sekeliling, seperti mencari mainan. Rangsangan yang berbeza membantu membina hubungan sel-sel otak yang berbeza.
Oleh itu, Mama Siti menggalakkan Mama untuk melibatkan pergerakan badan dan permainan jari semasa menyanyikan lagu tidur. Ia membantu anak kecil Mama menyambung bunyi dengan aksi ‘motor’ besar dan kecil. Muzik juga meningkatkan pembelajaran irama, rima dan corak bahasa anak Mama.
Mama juga boleh memperkenalkan mereka kepada pelbagai jenis jirim supaya mereka belajar tentang sifat cecair, pepejal dan campuran—pengalaman deria yang penting untuk otak yang sedang belajar. Benarkan mereka menyentuh dan ‘messy play’ jika perlu kerana itulah cara mereka belajar.
Selain itu, apabila anak Mama bermain, tahan godaan untuk menyemak media sosial anda. Sebaliknya, luangkan masa Mama untuk berinteraksi dengan mereka. Anak-anak yang lebih dekat dengan Mama dari segi emosi akan lebih bersemangat untuk meneroka dan belajar benda baru.
Berikan Sumber Nutrisi Tambahan Dengan Gangliosida (GA®)
Gangliosida (GA®) ialah komponen membran sel dan sebahagian besarnya tertumpu di bahagian otak kelabu.
Gangliosida (GA®) membantu membentuk hubungan antara sel-sel otak, oleh itu, ia sama pentingnya dengan asid Dokosaheksanoik (DHA)—yang kita tahu penting untuk perkembangan otak pada kanak-kanak (Kuratko et al, 2013).
Menurut kajian baru-baru ini (Tan et al, 2020), pengambilan makanan yang mempunyai Gangliosida (GA®) terbukti berkait rapat dengan perkembangan otak kanak-kanak.
Sekarang, terdapat satu komponen yang dipanggil Membran Globul Lemak Susu (MFGM) yang mengandungi Gangliosida (GA®) dan Fosfolipid. MFGM dikaitkan dengan pengurangan ketara dalam bilangan hari gejala demam dan membawa kepada pengawalaturan tingkah laku yang lebih baik di kalangan kanak-kanak. (Veereman-Wauters et al, 2012).
Oleh itu, pemberian MFGM+Gangliosida (GA®) kepada anak-anak Mama adalah cara yang bagus untuk setiap ibu bapa. Ayuh sama-sama kita memaksimumkan hubungan sel-sel otak anak anda* hari ini!
Di Mana Mama Boleh Dapatkan Gangliosida (GA®)?
Semestinya melalui susu Anmum
Anmum
Ramai orang mengaitkan gula dengan sikap hiperaktif pada kanak-kanak. Tetapi adakah Mama tahu ia juga mempengaruhi perkembangan otak mereka?
Murid prasekolah Malaysia mengambil purata 7.6 sudu teh gula setiap hari (Mohd Shariff et al, 2015). Itu adalah sudah lebih daripada cadangan pengambilan yang disyorkan! Kanak-kanak berumur 2-6 tahun perlu mengambil tidak lebih daripada 3 sudu teh gula tambahan setiap hari (MDG untuk Kanak-kanak dan Remaja, 2013). Gula tambahan tidak hanya terhad kepada sukrosa. Terdapat banyak jenis gula tambahan. Mama perlu tahu cara untuk mengenal pasti gula tambahan dalam susu anak selain daripada sukrosa.
Sekarang, Anmum
Bukan itu sahaja, ia juga dirumus secara saintifik dengan Prebiotik (Inulin) dan 15 Nutrien Penting untuk menyokong keperluan nutrisi kanak-kanak yang sedang membesar.
Lebih Banyak Sebab Untuk Memperkenalkan Anmum ESSENTIAL Di Rumah
Walaupun Anmum
Otak kanak-kanak berkembang kepada kira-kira 80% saiz dewasa pada usia 3 tahun dan hampir 90%, saiz dewasa, pada usia 5 tahun.
Oleh itu, Anmum
Mereka bukan sekadar membantu menyokong nutrisi kanak-kanak, tetapi mereka sedang membina pemimpin masa hadapan.
Mama pasti teruja dengan perkembangan kognitif otak anak Mama! Dapatkan sampel percuma Anmum
Penafian:
*Dengan stimulasi yang sesuai dan nutrisi yang baik.
^Merujuk kepada label produk bagi jenama utama susu tepung rumusan untuk kanak-kanak.
** Sukrosa, Pepejal Sirap Glukosa, Pepejal Sirap Jagung, Gula Perang, Dekstrosa, Laktosa, Fruktosa, Madu dan Gula Putih ditakrifkan sebagai ‘gula’ dan ‘gula tambahan’ di bawah Piawaian Codex 212-1999 dan CAC/GL23-1997. CODEX merangka garis panduan piawaian antarabangsa yang selaras dan kod amalan. Di bawah Peraturan-Peraturan Makanan Malaysia 1985, Sukrosa, Gula Perang, Dekstrosa, Glukosa, Fruktosa, Madu adalah ditakrifkan sebagai bahan-bahan pemanis.
Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.
Rujukan
National Research Council (US) and Institute of Medicine (US) Committee on Integrating the Science of Early Childhood Development. (1970, January 1). The developing brain. From Neurons to Neighborhoods: The Science of Early Childhood Development. Retrieved February 26, 2022, from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK225562/
Winston, R., & Chicot, R. (2016, February 24). The importance of early bonding on the long-term mental health and resilience of children. London journal of primary care. Retrieved February 26, 2022, from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5330336/
Lally, J. R., & Mangione, P. L. (2017, May). Caring relationships: The heart of early brain development. NAEYC. Retrieved February 26, 2022, from https://www.naeyc.org/resources/pubs/yc/may2017/caring-relationships-heart-early-brain-development
Shiver, E. (2018, April 6). Brain development and mastery of language in the early childhood years. IDRA. Retrieved February 26, 2022, from https://www.idra.org/resource-center/brain-development-and-mastery-of-language-in-the-early-childhood-years/
Kuratko, C. N., Barrett, E. C., Nelson, E. B., & Salem, N. (2013, July 19). The relationship of docosahexaenoic acid (DHA) with learning and behavior in Healthy Children: A Review. Nutrients. Retrieved February 26, 2022, from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3738999/
Tan, S., Zhao, A., Zhang, J., Li, P., Chen, C., & Zhang, Y. (2020). Toddler neurodevelopment is associated … – APJCN.NHRI.ORG.TW. Toddler neurodevelopment is associated with ganglioside intake but not serum ganglioside. Retrieved February 26, 2022, from https://apjcn.nhri.org.tw/server/APJCN/29/3/584.pdf
Veereman-Wauters, G., Staelens, S., Rombaut, R., Dewettinck, K., Deboutte, D., Brummer, R. J., Boone, M., & Le Ruyet, P. (2012). Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. Nutrition (Burbank, Los Angeles County, Calif.), 28(7-8), 749–752. Retrieved February 26, 2022, from https://doi.org/10.1016/j.nut.2011.10.011
Mohd Shariff, Z., Lin, K. G., Sariman, S., Lee, H. S., Siew, C. Y., Mohd Yusof, B. N., Mun, C. Y., & Mohamad, M. (2015). The relationship between household income and dietary intakes of 1-10 year old urban Malaysian. Nutrition research and practice, 9(3), 278–287. https://doi.org/10.4162/nrp.2015.9.3.278
NCCFN. 2013. Malaysian Dietary Guidelines For Children and Adolescents. National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health Malaysia.