KelabMama

PUTING SUSU IBU TERSUMBAT MENYEKSAKAN!

Mastitis atau dalam bahasa yang difahami puting susu ibu tersumbat adalah keradangan pada payu dara yang mungkin (dan kadangkala cepat) menjadi infeksi. Ini akan membuat anda berasa seperti dijangkiti selesema pada masa-masa anda amat memerlukan seluruh tenaga anda. Anda akan mendapati keadaan radang, keras, sakit atau panas dan bengkak di kawasan yang dijangkiti. Selalunya ini dinamakan ‘duktus tersumbat’ sebab anda akan terasa benjolan disebabkan susu yang bertakung dalam duktus payu dara.

Tanda-tanda mastitis yang sering berlaku dan serius temasuklah seram sejuk, sakit kepala, suhu badan melebihi 38.5 darjah selsius dan keletihan. Simptom-simptom ini selalunya disebabkan oleh kongesi tisu di sekitar kawasan jangkitan. Jika anda mengalami mastitis, anda bukanlah keseorangan. Kira-kira seorang dalam 10 ibu yang menyusu badan akan dijangkiti dan sesetengah ibu yang memberi susu formula juga boleh dijangkiti.

Mastitis selalunya disebabkan oleh ‘stasis susu’ yang mana pengaliran susu terberhenti. Ini berlaku apabila susu ‘mengundur ke belakang’ sebab susu itu dihasilkan lebih cepat daripada ia dialirkan keluar. Selalunya ini kerana bayi anda tidak mampu mengosongkan payu dara anda sepenuhnya semasa dia menghisap. Lazimnya punca masalah terletak pada cara bayi anda melekap ke dada semasa menyusu. Jika anda dan bayi kurang tahu bagaimana melekap dengan baik, susu tidak akan disedut keluar dengan efisien. Sebab-sebab lain mastitis termasuklah payu dara bengkak yang tidak menurun dan kembali normal atau anda tidak menyusukan mengikut rutin terjadual. Ia juga mungkin berlaku jika berlaku trauma kepada payu dara, yang akan menyebabkan stasis susu melarat sehingga menjadi mastitis.

 

SEBAB-SEBAB PUTING SUSU TERSUMBAT

 

CUBA INI JIKA PAYUDARA ANDA TERSUMBAT

 

 

 Sumber: Internet